6 Gambar Suspek Pecah Rumah Tersebar.


Baru sebentar tadi telah tular beberapa keping gambar yang diambil melalui satu rakaman cctv di sebuah rumah dipercayai terletak di Taman Setapak.

Gambar-gambar terbabit telah dikongsi melalui akaun Facebook milik Oji Hamidin atau Fauzi Hamidin di mana dia mendakwa suspek-suspek terbabit telah memecah masuk ke dalam rumah ibunya.

Kejadian ini dipercayai telah berlaku semalam sekitar jam 3.00 pagi dan melalui gambar yang diambil, kelihatan dua orang lelaki yang mencurigakan cuba merangkak dan memanjat masuk ke dalam bahagian belakang rumah terbabit.

Penduduk yang berada berdekatan dengan kawasan kejadian diminta berhati-hati dan sentiasa mengunci pintu ketika berada di rumah.

Setakat ini, masih belum ada apa-apa makluman yang dilakukan mengenai penangkapan kedua-dua suspek terbabit. Sumber: Fauzi Hamidin, Editor: S