Skip to main content

Wanita Dilarang Bawa Burung Naik Pesawat United Airlines.


NEW YORK: Seorang wanita yang ingin menaiki kapal terbang syarikat United Airlines telah gagal ketika dia cuba untuk membawa buruk merak yang dianggap sebagai 'haiwan terapi' untuk naik bersama di dalam penerbangan terbabit. 

Wanita terbabit dipercayai bertindak sedemikian ketika dia ingin menaiki penerbangan dari New Jersey untuk ke Los Angeles. 

Larangan ini telah dibuat kerana syarikat tersebut melarang burung merak berkenaan daripada menaiki pesawat atas alasan kesihatan dan keselamatan.

Pemilik kepada haiwan terbabit iaitu Ventiko, yang merupakan seorang artis dan jurugambar dari New York itu dikatakan sudah membeli tiket tempat duduk untuk burung meraknya yang diberikan nama Dexter, untuk menaiki pesawat itu.

Bagaimanapun, menurut jurucakap kepada United Airllines, burung merak itu tidak dapat memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan termasuk berkenaan had saiz dan berat badan.


Jelas pihak United Airlines lagi, pihaknya sudah berulang kali memaklumkan kepada Ventiko sebelum tiba di lapangan terbang bahawa dia tidak akan dibenarkan membawa bersama burungnya itu ke dalam pesawat.

Akibat daripada peristiwa tersebut, beberapa keping gambar dan video Dexter yang sedang bertenggek di atas troli bagasi di Lapangan Antarabangsa Newark di New Jersey itu dikongsi rancangan televisyen berkonsepkan ‘makan angin’ The Jet Set.

Peristiwa itu telah mendapat perhatian ramai dan salah seorang daripada orang awam di lapangan terbang telah merakam dan menyaksikan gelagat Ventiko dan Dexter ketika tiba di lapangan terbang tersebut.

Ini bukanlah kali pertama Ventiko cuba membawa burungnya untuk menaiki pesawat kerana sebelum ini dia juga pernah dilarang berbuat demikian di Lapangan Antarabangsa John F Kennedy di New York.

Difahamkan, selepas perintah larangan kepada Ventiko dikeluarkan daripada menaiki pesawat, pihak United Airlines telah mengembalikan wang tiket penerbangan kepada Ventiko serta turut membayar tambang teksinya ke hotel.


Dalam pada masa yang sama, Dexter yang turut mempunyai laman sosial Instagram juga turut berkongsi gambar pada hari tersebut dan menulis kenyataan yang mengatakan bahawa selepas enam jam dia mencuba untuk menaiki penerbangan tersebut, dia akan merentas Amerika Syarikat dengan dipandu oleh ‘teman-teman manusianya’.

Dexter ialaha salah satu daripada haiwan terapi (support animals) yang ditugaskan untuk membantu pemilik mereka berkenaan masalah emosi atau psikiatri.

Antara masalah emosi atau psikiatri yang biasa akan memerlukan pemilik kepada haiwan terbabit membawa haiwan mereka adalah gangguan trauma lampau (PTSD) di mana mereka perlu membawanya ke mana sahaja mereka pergi.

Selain merak, anjing juga merupakan antara haiwan terapi yang paling biasa untuk dibawa masuk ke dalam pesawat. Sumber: Mynewshub.cc, Editor: Ira
  




Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut