Skip to main content

Pemilik Rumah Kesal Selepas Melihat Keadaan Rumah Sewanya.


Rumah adalah kediaman untuk membolehkan kita berehat setelah penat seharian bekerja.

Bagaimanapun, jika kediamana itu menjadi kotor dan tidak sedap mata memandang, sudah pasti ia akan mengganggu kehidupan kita seharian.

Baru-baru ini seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Puteeeghi’ telah memuat naik satu status di laman sosial Instagram miliknya menceritakan satu kejadian yang menimpa keluarganya.

Difahamkan, ayah kepada pemilik Instagram terbabit telah menyewa kediaman mereka kepada sekumpulan lelaki dan mereka dipercayai tidak membayar sewa rumah berkenaan selama enam bulan.

Pemilik rumah terbabit berasa bahawa dia perlu melakukan sesuatu dan tidak menyangka bahawa kejadian sebegini akan menimpa dirinya.

Siapa yang tidak geram apabila melihat rumah yang pada awalnya disewakan dalam keadaan baik, telah ditinggalkan dalam keadaan yang sangat kotor.

Apa yang paling teruk adalah hampir kesemua barangan di dalam rumah turut dirosakkan oleh sekumpulan lelaki ini. Sangat biadap!









Penyewa yang menyewa kediaman terbabit sepatutnya bertanggungjawab menjaga amanah yang diberikan kepadanya.

Diharap kepada penyewa diluar sana, jagalah amanah yang telah diberi dengan sebaik-baiknya kerana bukan mudah bagi tuan rumah terbabit untuk menerima keadaan sedemikian.


Sumber : Aiyeen, Editor: Amira


Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut