Skip to main content

Kerana Asap Rokok Bayi Ini Menderita.


BATU PAHAT: Seorang bayi yang baru sahaja berusia sembilan bulan telah menderita kerana telah mengalami kerosakan paru-paru, dan dia terpaksa dikuarantin di rumahnya sehingga berusia empat tahun akibat penyebaran asap rokok di Kampung Baru Sri Gading.

Bayi tersebut yang dikenali sebagai Nur Raisha Aufa Mohd Najib atau lebih manja dipanggil Asha telah disahkan oleh doktor pakar yang merawatnya bahawa dia telah menghidap jangkitan kuman di paru-paru dan juga darah.

Dalam pada masa yang sama, dia juga diarahkan oleh doktor untuk tidak berada di luar rumah mahupun di kawasan orang ramai kerana paru-parunya itu sangat lemah akan mudah terdedah kepada jangkitan

Menurut ibunya, Nur Farahani Hamdan, 25, memberitahu bahawa bayinya itu juga sudah dua kali dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat kerana mengalami sesak nafas.

Tambahnya lagi, penyakit yang dihadapi bayinya itu telah mula dikesan pada Aidilfitri yang lalu selepas bayi tersebut diserang demam panas dan selsema.

Akibat keadaan bayi itu terlalu serius, ibu bapanya telah membawa ke HSNI untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Keadaan Asha ketika itu sangat kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU selama dua minggu kerana paru-parunya dikesan oleh doktor berada dalam keadaan sangat lemah. Alhamdullilah Asha pulih selepas dirawat di ICU.”

Apa yang memilukan adalah Asha kini tidak dibenarkan keluar dan haruslah sentiasa berada di dalam kawasan rumah sahaja kerana dikhuatiri jangkitan kuman akan segera merebak jika dia dibawa keluar.

"Namun Ogos lalu, keadaan Asha kembali buruk selepas demam dan selsema sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU HSNI selama seminggu dan pelbagai ujian dilakukan bagi mengesan keadaan paru-parunya yang lemah akibat jangkitan, malah pakar turut mengesan jangkitan kuman pada darahnya.”

"Selepas menjalani pelbagai ujian termasuk analisis darahnya, pakar menyatakan punca paru-paru Asha lemah dan sering terkena jangkitan kuman sehingga tidak boleh bernafas adalah disebabkan asap rokok sehingga doktor mengeluarkan arahan supaya tidak lagi dibawa keluar rumah dan di tempat orang ramai sehingga usianya mencecah empat tahun.”

"Pakar turut mengarahkan kami mengambil empat vaksin khas untuk paru-paru, batuk, demam dan selsema Asha di hospital swasta kerana tidak mempunyai bekalan vaksin berkenaan. Namun kami tidak mampu kerana suami hanya bekerja sebagai Pekerja Am dan saya tidak bekerja," katanya.

Difahamkan, pada bulan hadapan bayi itu perlu menjalani ujian darah yang baru bagi memastikan keadaan kesihatannya bertambah stabil berikutan dibimbangi akan dijangkiti kuman lagi selepas ini.

Selain itu, jika bayi tersebut masih lagi dijangkiti kuman, doktor telah memutuskan untuk menebuk paru-parunya.

Ini adalah kerana, pihak hospital ingin memastikan organ pernafasannya itu semakin stabil walaupun dia terpaksa bergantung kepada alat pernafasan khas. Sumber: Berita Harian, Editor: Ira

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...