Skip to main content

Kehangatan Pentas AJL 32



KUALA LUMPUR - Menerusi Anugerah Juara Lagu Ke-32 yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam semalam, Aksi Altimet mendendangkan lagu yang berjudul 'Amboi' umpama mencipta rekod baharu kerana berjaya mencuri perhatian netizen.

Sebaik sahaja Altimet melontarkan bait-bait lagu tersebut dengan kemunculan Nabila Huda yang membawa watak 'makcik' , pentas menjadi semakin hangat dengan penonton berdiri mengikut rentak lagu.

Syamel yang tampil dengan lagu lebih sempurna turut menghangatkan pentas 'pertarungan' apabila tampil bersama dua pemuzik dengan pentas hidrolik.

Syamel mendapat tepukan gemuruh penonton susunan muzik dan kekuatan vokalnya.

Persembahan Azmi Caliph Buskers yang tampil dengan busana berwarna putih dengan membawa lagu sejati juga tidak mengecewakan penonton.

Hazama & The Penglipurlara tampil dengan solekan diwajah yang unik mempersembahkan lagu Aku Yang Sebenar ciptaan Datuk M Nasir cukup bertenaga dan menggamatkan suasana.

Penonton turut memberi tepukan gemuruh kepada aksi Hael Husaini dengan pentas berputar yang diiringi koir serta pemain piano dan gitar mendendangkan lagu jampi.

Dayang Nurfaizah yang bergelar penyanyi 'otai' dalam kalangan penyanyi lain yang bertanding tidak dapat dinafikan lagi aura yang dimiliki.

Tumpuan penonton pasti terarah kepada persembahannya dengan kekuatan dan kelunakan vokalnya setiap kali melangkahkan kaki ke pentas AJL.

Persembahan Dayang mempertaruhkan lagu Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan sepenuhnya Ajai cukup memukau penonton.



Isteri kepada Akim Ahmad, Stacy turut beraksi dengan lincah membuat persembahan pembukaan yang hebat dan bertenaga membawa lagu medley Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang dan turut menampilkan artis rap, Waris.

Alif Satar dan Sherry Al-Hadad turut menggamatkan pentas AJL 32 dengan aksi bersahaja mereka sepanjang mengacara program tersebut dengan membuat penonton ketawa.


PENGACARA, Alif Satar dan Sherry Al-Hadad pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL) 32 di Axiata Arena. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Rona hitam dan biru gelap menjadi pilihan ramai selebriti pada segmen karpet merah yang diadakan sebelum acara berprestij itu bermula bertepatan dengan tema penganjur.

Warna itu dipilih oleh beberapa selebriti yang tidak mahu dilihat keterlaluan serta menganggap 'selamat' digayakan sesuai dengan acara malam.

Antara selebriti dan artis yang hadir memeriahkan segmen karpet merah adalah Noraniza Idris, Indah Ruhaila, Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Shiha, Amira Othman, Nadia Brian, Floor 88, Ifa Raziah, Siti Sarah Rausuddin dan suaminya, Shuib, Sufie Rashid serta Ezlyn.





Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang AJL 32 adalah merupakan sejumlah wang yang bernilai RM50,000 kepada juara, tempat kedua RM35,000, tempat ketiga RM20,000, vokal terbaik RM12,000 dan persembahan terbaik RM12,000. Sumber:Berita Harian , Editor:Anna

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...