Skip to main content

Dibaham Harimau Sehingga Hilang Kedua-Dua Belah Tangan.


SANTA ROSA: Seorang lelaki yang merupakan salah seorang pekerja sarkas di Guatemala telah hilang kedua-dua belah tangannya selepas dibaham oleh seekor harimau sewaktu dia hendak memberi haiwan tersebut bekalan minuman harian.

Mangsa iaitu Cipriano Alvarez, 55, bagaimanapun telah terselamat selepas beberapa orang pengunjung yang kebetulan berada di tempat kejadian bertindak melontar batu dan kayu kepada harimau yang sedang kelaparan itu.

Selepas berjaya diselamatkan, Alvarez kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Cuilapa di Santa Rosa untuk menerima rawatan lanjut.

Walaupun dia dilaporkan bahawa dia telah kehilangan banyak darah akibat kecedaraan terbabit, namun nyawa Alvarez berjaya diselamatkan selepas menjalani pembedahan kecemasan.

Menurut sumber, Alvarez dipercayai baru sahaja memulakan pekerjaanya itu dengan menjaga 13 ekor harimau sekitar dua bulan yang lalu demi menyara hidup keluarganya.

Akibat daripada kejadian tersebut, pihak berkuasa Guatemala bertindak dengan menyiasat sama ada pemilik harimau-harimau tersebut telah mematuhi setiap langkah keselamatan dengan betul.

Anak lelaki kepada Alvarez yang dikenali sebagai Victor memaklumkan bahawa pada kebiasaanya bapanya akan menggunakan batang besi yang disediakan untuk mengalih tempat letak makanan dan minuman haiwan tersebut.

"Bapa turut diminta memberi makan 13 ekor harimau tersebut setiap dua hari dan membiarkan haiwan tersebut kelaparan pada hari ketiga," katanya.

Sementara itu, menurut penyelaras Unit Kebajikan Haiwan Guatemala, Rony Espina memberitahu bahawa 13 ekor harimau tersebut telah diletakkan dalam keadaan yang tidak sesuai dan sangkar yang disediakan terlalu kecil bagi saiz mereka.

Dalam pada masa yang sama, doktor yang merawat Alvarez pula berkata bahawa pekerja tersebut kini masih lagi dalam rawatan rapi tetapi keadaannya dilaporkan stabil. Sumber: Astro Awani, Editor: Ira

 Officials are investigating after a circus worker had his arms ripped off while feeding tigers

 Thirteen big cats, a llama and a camel were being kept in the village



Image result for Cipriano Alvarez


Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...