Skip to main content

Wanita Berpura-Pura Klimaks Untuk Menjaga Hati Pasangan? Hati-Hati Jika 7 Tanda Ini Ada Pada Isteri Anda..


Setiap suami isteri sudah pasti mempunyai keinginan dan matlamat mereka sendiri ketika bersama di mana setiap pasangan sudah pasti ingin memuaskan nafsu mereka sehingga mereka berasa puas.

Walaupun semua ini nampak mudah tetapi hakikatnya untuk menjayakan keinginan berkenaan adalah amat sukar.

Ini kerana mungkin ada dalam kalangan pasangan tersebut yang gagal contohnya suami gagal untuk memuaskan isteri masing-masing ketika melakukan hubungan seks.

Ada beberapa fakta yang menyatakan bahawa wanita sememangnya sukar untuk berasa puas atau klimaks ketika melakukan hubungan suami isteri.

Satu kajian yang dilakukan oleh “Archives of Sexual Behavior” terhadap 71 wanita yang aktif dalam hubungan seks, berumur antara 18 hingga 48 tahun telah mendapati bahawa 66% daripada wanita-wanita ini mengerang semata-mata untuk mempercepatkan klimaks pasangan.

Manakala 87% daripadanya memberitahu bahawa bunyi-bunyi itu dilakukan untuk membuat pasangan mereka lebih kuat dan yakin ketika melakukan perbuatan itu.

Selain itu, satu lagi kajian juga mendapati bahawa 76% daripada wanita yang ditemu bual telah mengaku bahawa mereka berpura-pura klimaks semata-mata untuk menjaga hati pasangan mereka sendiri.

Berikut merupakan tujuh tanda isteri yang hanya berpura-pura klimaks ketika melakukan hubungan dengan suami mereka.

Tanda yang pertama ialah erangan serta desahan yang terlalu kuat. Tanda ini dikatakan hanyalah dibuat-buat sahaja ketika mereka bersetubuh supaya ianya dapat memuaskan pasangan mereka sendiri.

Manakala wanita yang benar-benar terangsang pula akan mengerang, mendesah dengan kuat sehingga mereka hilang kawalan diri dan kadang kala mereka juga sukar dikawal.

Tetapi jika pasangan anda sengaja mengerang dengan kuat dan tidak menunjukkan sebarang gerak tubuh, itu adalah tanda-tanda bahawa mereka hanya melakonkan perbuatan itu supaya ianya nampak menarik dan dapat memuaskan pasangan mereka.

Dalam pada masa yang sama, tanda-tanda kedua yang menunjukkan pasangan anda berpura-pura ialah terangsang dengan “over”.

Tanda ini akan berlaku ketika anda melakukan hubungan di mana anda baru sahaja memulakan aktiviti itu selama lima minit tetapi pasangan anda menunjukkan bahawa dia benar-benar berasa terangsang dengan tindakan yang anda lakukan.

Mungkin situasi tersebut membuatkan pasangan anda tiada keinginan seks dan mahukan agar perbuatan dihentikan secepat yang sama.

Tetapi dalam pada masa yang sama, pasangan anda juga tidak mahu mengecewakan anda dan teruskan melakukan aksi yang agak keterlaluan supaya keinginan anda dapat dicapai walaupun tidak buat diri mereka.

Tanda yang ketiga adalah dengan melihat mereka tubuh badan mereka berpeluh atau tidak serta melihat ada terdapat kemerahan pada badan mereka.

Kebanyakan wanita yang terangsang akan berpeluh walaupun dalam keadaan cuaca yang sejuk manakala tubuh mereka juga akan kemerah-merahan apabila darah mengalir dengan laju ke seluruh badan mereka ketika mereka benar-benar terangsang.

Namun, jika perkara ini tidak berlaku itu adalah tanda-tanda bahawa pasangan anda itu hanya berlakon semata-mata untuk memuaskan anda.

Seterusnya ialah dengan melihat sama ada ibu jari kaki pasangan anda itu lurus ataupun tidak.

Apabila pasangan anda benar-benar orgasma sehingga dia mencapai klimaks, secara tiba-tiba ibu jari kaki mereka akan membengkok tanpa mereka sedari.

Tindakan ini berlaku secara semula jadi iaitu ianya selari dengan penguncupan atau kecaman faraj ketika pasangan anda mencapai klimaks.

Tetapi jika anda melihat pasangan anda mengeraskan otot-otot badan dan menegangkan tubuh mereka, itu adalah tindakan mereka untuk membuatkan supaya anda percaya bahawa mereka benar-benar klimaks.

Tanda yang seterusnya ialah tiada cengkaman otot faraj yang dilakukan oleh pasangan anda ketika melakukan hubungan bersama anda.

Cengkaman otot faraj, atau lebih dikenali sebagai kemutan faraj adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh wanita yang berpura-pura klimaks.

Situasi ini dikenali sebagai “Vaginal Muscle Spam” di mana ketika wanita berasa klimaks, mereka akan mengalami sekurang-kurangnya antara 3 hingga 10 kali kekejangan otot-otot faraj.

Jika tiada tanda-tanda sebegini ini adalah tanda-tanda bahawa mereka hanyalah berpura-pura.

Nafas kembali normal secara tiba-tiba merupakan tanda ke enam yang sentiasa dilakukan oleh pasangan anda yang berpura-pura klimaks.

Perkara ini kerana, apabila wanita klimaks maka denyutan jantungnya akan meningkat dengan pantas sekali gus membuatkan nafas menjadi laju dan terus laju.

Namun, jika semuanya itu normal seperti tiada apa-apa yang berlaku maka pasangan anda mungkin menipu diri anda.

Tanda yang terakhir adalah dengan melihat sama ada saiz anak mata pasangan anda normal atau tidak.

Ini merupakan tanda yang paling sukar kerana tanda ini sangatlah sukar untuk dibuat-buat oleh kebanyakan pasangan.

Jadi buat semua suami, perhatikan saiz anak mata isteri anda sebelum bersama dan kenal pasti saiznya.

Setelah isteri anda klimaks, lihat saiz anak mata beliau. Adakah saiznya sama seperti sebelum berasmara, atau saiznya membesar?

Dengan tanda-tanda yang diberikan ini setiap pasangan bolehlah mengetahui dan menyemak terlebih dahulu keadaan pasangan anda sebelum bertindak ke perhubungan yang seterusnya.

Ini kerana, kedua-dua belah pihak haruslah berasa puas dengan apa yang mereka lakukan supaya tiada masalah yang akan berlaku di kemudian hari. Sumber: Beritanova, Editor: Amira

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...