Skip to main content

Seorang Remaja Maut Akibat Kerusi Terbang Dari Tingkat Atas PPR



KUALA LUMPUR: Seorang remaja yang berusia 15 tahun maut dipercayai telah tertimpa sebuah kerusi yang di campak dari tingkat atas di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai Dalam.

Kejadian berlaku pada pukul 8.30 malam tadi. Mangsa yang dikenali dengan nama S Sathiwaran yang juga pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya sedang berjalan bersama dengan ibunya S Kasthurivai, 45, untuk balik ke rumah di tingkat 16 blok terbabit.

Maklumat mendapati dua beranak itu pergi ke kedai runcit yang terletak di bawah PPR itu selesai sahaja mereka keluar dari kedai runcit itu dan menghampiri ruang tertutup berhampiran tangga, tiba-tiba sahaja sebuah kerusi pejabat yang berwarna biru dijatuhkan dari arah atas bangunan lalu terkena kepala mangsa.

Oleh sebab, hentakan kerusi itu mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. walau bagaimanapun, ibu mangsa terselamat di dalam kejadian itu.

Asisten Komisioner Ruslan Khalid, Ketua Polis Daerah Brickfieldskes telah disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat atau akibat kecuaian.

Pihak polis masih belum dapat mengenal pasti suspek yang sengaja membaling kerusi tersebut. Kes masih didalam siasatan polis. Editor: Ila




Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut