"Saya Tidak Sebarang Niat Buruk" - Fathia Latiff


Telah tular di media sosial pelakon Fathia Latiff telah meninggal kan komen yang agak keterlaluan kepada Iqram Dinzly ketika dia sedang mengadakan video 'live' di laman sosialnya.

Fathia telah memohon maaf secara terbuka menerusi satu kenyataan nya di laman Instagram.

Menurutnya, dia tidak mempunyai sebarang niat buruk terhadap Iqram. Ini hanya satu salah faham sahaja,

Permohonan maaf nya itu telah menerima pelbagai reaksi daripada pengikut Instagramnya.

Di antara komen yang diterima oleh Fathia :

“Sekarang ni mintak maaf pun boleh dibuat-buat cakap senang je .Hmm sampai satu hari minta maaf tu dah jadi tak relevant sebab cakap je minta maaf tapi sikap tak ubah. Asyik buat salah minta maaf ntah betul-betul menyesal atau tak. Cukup la tu Fatiya orang takkan percaya dah mohon maaf awak tu,” -@beaufe_agent

“Itu urusan diaorang, manusia mana je yang tak buat salah. Yang kita ni jangan nak keruhkan keadaan,” -@muhammadarifalias

Fathia dikatakan telah meninggal kan komen yang berbunyi "pergi bunuh diri", "bunuh diri Iqram", tak ada scene bunuh diri ke?'' ketika Iqram sedang mengadakan sesi 'live'.

Hanya kerana komen-komen ini membuatkan nama Fathia semakin hari semakin hangat di perkatakan oleh para netizen di lama sosial.Editor: Ila