Masyarakat Di Minta Tidak Mempopularkan Golongan "Lembut" - Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki


KOTA BHARU: Hari ini kita sering melihat banyak video yang di muat naik di media sosial di mana sebahagian daripadanya dapat memberikan faedah namun ada juga yang membawa maksud yang sebaliknya.

Video parodi contohnya adalah salah satu video yang sering mendapat perhatian pengguna laman sosial kerana boleh dikatakan hampir kesemua video itu dapat memberikan hiburan.

Namun, video terbabit juga kadang kala mendapat kritikan kerana ianya tidak selari dengan apa yang diamalkan di dalam ajaran agama khususnya agama Islam.

Masyarakat termasuklah pihak media dinasihati supaya tidak terus-terusan mempopular dan mensensasikan sebarang video yang tidak memberikan apa-apa manfaat termasuk perilaku individu lelaki yang berlagak seperti wanita.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki penyebaran video seperti itu tidak boleh membangunkan pemikiran dan jati diri rakyat.

Katanya, banyak lagi perkara yang lebih penting perlu disebarkan kepada rakyat melalui media sosial yang mana ianya dapat memberikan banyak manfaat kepada rakyat khususnya kepada pengguna tegar media sosial.

“Kita minta masyarakat dan pihak media tidak sensasikan isu yang tidak memberi faedah.”

“Saya tidak mahu komen benda yang tidak membawa makna kepada pembangunan ummah dan negara.”

"Saya harap rakyat mendidik diri supaya tidak mempopularkan dan mengarus perdanakan video yang tidak memberi sebarang makna," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Konvensyen Pendidikan Islam Kelantan Anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Kota Bharu, hari ini.

Berdasarkan laporan akhbar hari ini di mana mereka menggesa supaya agensi yang berkaitan dengan pihak kerajaan disaran supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap perilaku sesetengah individu lelaki yang popular di laman sosial yang berlagak seperti wanita.

Kebanyakan individu yang bergelar 'instafamous' itu rata-ratanya adalah lelaki yang membuat pelbagai video parodi dengan mengenakan pakaian wanita dan memuat naik aktiviti mereka itu di laman Instagram bagi tujuan mempromosi produk, menyindir dan turut meniru gaya melucukan. Sumber: My Metro , Editor: Amira



Image result for instafamous lelaki BUAT VIDEO PARODI


Image result for instafamous lelaki BUAT VIDEO PARODI