Kuasa Solat Jemaah Kunci Kebahagiaan Rumahtangga


Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang bina, oleh itu persefahaman dan sikap tolak ansur amat penting dalam memastikan kebahagiaan sesebuah rumahtangga.

Seorang suami yang bernama Afnan Rosli menceritakan bagaimana cara untuk melembutkan hati pasangan dan betapa hebatnya kuasa solat Jemaah.

Dia menceritakan kisah rumahtangganya yang sangat harmoni dan tenang serta mempunyai isteri yang sangat baik.

Pada pagi tadi selepas solat subuh berjemaah, belum sempat berwirid isterinya terus baring di atas riba beliau dan terlihat sangat keletihan.

Afnan menyangka mungkin isterinya penat menjaga anak kecil mereka pada waktu malam dan teruskan wirid dan doa sehingga habis.

Sambil isterinya baring, Afnan tenung muka isterinya dan terfikir bagaimana isterinya boleh menjadi begitu baik sekali.

Setelah lama berfikir akhirnya Afnan mendapat jawapan atas kelembutan isterinya itu dan puncanya ialah solat Jemaah.

Sebelum ini mereka jarang melakukan solat Jemaah dan sering tidak sependapat dan selalu bergaduh dan masing-masing mempunyai ego serta tidak mahu mengalah.

Selepas mereka mula solat berjemaah, isterinya sering mendengar kata dan boleh bercakap dengan baik.

Isteri mahu disayangi dan suami mahu di hormati namun ramai yang tidak faham mengenai konsep rumah tangga dan beranggapan boleh mendapat apa yang dimahukan dari pasangan tanpa perlu ada toleransi.

Kunci kebahagian adalah bermula dengan diri sendiri, contohnya sebagai seorang lelaki dan suami perlu menunjukkan kasih sayang kepada isteri dan secara automatiknya isteri akan menghormati suaminya.

Dan yang paling bagusnya perkara ini ada di dalam solat Jemaah kerana isteri akan patuh dan taat kepada imamnya dan juga akan mengaminkan setiap doa yang dibacakan dan secara automatiknya sikap dan perasaan hormat pada suami terbentuk dalam jiwa isteri.

Apabila isteri mengaminkan doa si suami, masing-masing mempunyai matlamat yang sama dan perkara ini juga memudahkan untuk mencapai matlamat dan kejayaan kerana sama-sama berdoa.

Begitu juga sebaliknya apabila si suami dihormati, dia akan rasa serba salah sekiranya tidak mencintai dan menyayangi isterinya.

Begitulah kitaran emosi dalam perkahwinan kerana solat Jemaah.

Sekiranya ada pasangan yang sering bergaduh dan tidak sependapat serta nafsu amarah menguasai diri, ajak pasangan masing-masing menunaikan solat secara berjemaah dan percayalah sekiranya menunaikan solat berjemaah setiap hari anda akan susah untuk bergaduh.

Rahmat Allah akan turun melimpah-limpah sekiranya kasih sayang ada dalam rumah tangga kerana Allah meredhai suami isteri yang berkasih sayang.

Yang paling terbaik adalah bawa isteri dan anak-anak ke masjid namun sekiranya tidak sempat kerana sibuk bekerja di rumah sahaja pon tidak mengapa pada waktu subuh, Maghrib dan Isyak kerana inilah waktu untuk berkumpul satu keluarga setelah sibuk bekerja di siang hari.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kepada semua pembaca dan selamat beramal. Sumber:Afnan Rosli , Editor:Farhana