Kerana Tekanan, Artis Korea Selatan Meninggal Dunia


KOREA SELATAN: Adik kepada pelakon Ha Ji Won iaitu Jeon Tae Soo, 34, yang juga merupakan seorang pelakon dipercayai telah meninggal dunia semalam.

Ini merupakan kematian kedua buat artis Korea Selatan selepas kematian penyanyi kumpulan Shinee iaitu Jonghyun.

Menurut Haewadal Entertainment, Tae Soo dikatakan telah menjalani rawatan untuk masalah tekanan yang dialaminya.

Namun, dia dikatakan tidak menunjukkan apa-apa perubahan walaupun terdapat perbincangan mengenai kemunculan semula artis terbabit dalam industri hiburan.

“Jeon Tae Soo sangat bersemangat dan merupakan seorang artis tulen yang berbakat dalam bidang lain juga, seperti seni. Kami dengan sungguh-sungguh meminta agar orang ramai tidak menerbitkan artikel berbentuk spekulasi tentang mendiang.”

Difahamkan, pihak keluarga Tae Soo bercadang untuk mengadakan upacara pengebumian secara tertutup dan turut meminta supaya pihak media tidak menghadirkan diri pada upacara itu.

Sebaik sahaja kematian adiknya, pelakon jelita, Ha Ji Won dikatakan telah membatalkan semua program hiburannya untuk menghormati pemergian adiknya itu.

Nama Jeon Tae Soo sebelum ini menjadi terkenal dalam hiburan Korea kerana dia dikatakan berjaya memainkan watak apabila mula berlakon di dalam drama Sungkyunkwan Scandal.

Bagaimanapun, dia dikatakan tidak dapat menyambung kerjaya seninya selepas mengalami tekanan perasaan dan dia juga telah dirawat dalam tempoh yang panjang iaitu 4 tahun.

Namun, umurnya tidak panjang apabila dia disahkan telah meninggal akibat tekanan yang melampau.Sumber: Suara.tv, Editor: Amira
Image result for Jeon Tae Soo

Image result for Jeon Tae Soo

Image result for Jeon Tae Soo