Skip to main content

Gara-Gara Serang Pesakit Doktor Ini Hilang Kerjayanya Sekelip Mata


RUSSIA: Seorang wanita yang telah diserang di dalam sebuah kelab malam di Neryungri, timur Russia, terkejut kerana doktor yang merawatnya adalah penyerang yang menyerangnya ketika berada didalam kelab malam tersebut.

Rakaman kejadian telah berjalan di rakam oleh seorang jururawat yang bertugas menunjukkan doktor itu sedang marah, lalu memukul wanita itu dalam bilik rawatan namun inya berjaya dileraikan oleh jururawat berkenaan.

Menurut Daily Mail, kejadian ini berlaku pada awal minggu ini, wanita yang dianggarkan berusia awal 20-an itu dikenali sebagai Dmitrieva telah diserang didalam kelab malam tersebut dan pada keesokan hari nya dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam rakaman itu, doktor terbabit kedengaran berkata: “Ramai saksi akan membuktikan kamu serang saya dulu.”

 Doktor terbabit dikatakan telah mengancam wanita itu jika dia membuat laporan. Wanita terbabit telah pun membuat laporan di balai polis yang berdekatan bagi mengelakkan sebarang kejadian diluar jangkaan berulang kembali.

Doktor terbabit yang dikenali sebagai Vladimir Naumov telah pun di pecat oleh Kementerian Kesihatan Wilayah.

Kementerian itu menolak alasan doktor berkenaan yang mendakwa kejadian di kelab malam berlaku kerana dia cuba mempertahan kan seorang jururawat perbidanan yang diserang sekumpulan wanita.

"Sudah setahun setengah saya menjadi doktor di hospital ini",kata doktor terbabit. Suspek dikatakan gagal mengawal kemarahan ketika di hospital.

“Sudah banyak orang yang saya selamatkan namun , semuanya musnah kerana video ini.”

Ketua jabatannya juga masih disiasat kerana mengambil pekerja yang tidak mempunyai etika semasa bekerja.Sebagai seorang doktor kita sepatut nya mempunyai sifat sabar yang tinggi kerana setiap hari kita akan berjumpa dengan bermacam-macam ragam manusia. Editor: Ila





Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut