Skip to main content

Abam Masih Belum Merancang Untuk Berbulan Madu Lagi


Sabtu lalu, majlis persandingan pelawak terkenal Abam Bocey telah selamat dijalankan di Batu 10,Gombak. Kira-kira 10,000 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga, jiran tetangga,kenalan rapat serta peminat Abam.

Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd,29,berkata dia sangat teruja apabila hasratnya untuk melihat semua orang hadir pada hari bersejarahnya itu berjaya ditunaikan.

"Alhamdulillah, ramai kenalan yang datang malah ada juga tetamu yang saya tidak kenal"

"Majlis ini turut disekalikan dengan aqiqah anak saudara dan rumah terbuka sempena Aidilfitri tahun lalu kerana saya tidak berkesempatan mengadakannya,

"Sebab itulah saya jemput semua orang termasuk peminat untuk meraikan hari bahagia saya.Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir,"katanya.

Beliau yang kelihatan segak bergaya dengan busana songket berwarna merah disamping isteri tercinta Siti Nurhidayah Mohd Ali,25, amat terharu kerana majlisnya yang hampir menelan belanja RM 50,000 itu telah mendapat pelbagai tajaan dari banyak pihak.

"Alhamdulillah, kalau ikutkan jumlah tetamu yang hadir bukan sikit untuk pihak terbabit menaja majlis kami.Terima kasih yang tak terhingga kepada para penaja yang sudi menaja kami.Jika ada yang terkurang dari pihak saya,saya mohon maaf,"katanya.

Majlis perkahwinan nya turut dihadiri oleh Datuk Rosyam Nor dan Afdlin Shauki.

Abam turut membuat pengakuan bahawa selepas berkahwin kehidupan nya lebih terurus dengan adanya isteri tercinta.

"Masih banyak perkara baru yang saya lalui. Dulu makan dan minum sendiri tetapi kini semua isteri yang sediakan untuk saya.

"Setiap kali sarapan juga sudah sedia terhidang di atas meja,dulu kena pergi ke kedai untuk membeli sarapan". ujarnya.

Pasangan sejoli ini telah selamat diijab kabulkan pada 8 Disember lalu di Sabak Bernam, Selangor

Bila ditanya soal bulan madu,Abam menyatakan bahawa dia belum terfikir tentang soal itu kerana jadual kerjanya amat padat.

"Sekarang belum boleh fikir soal bulan madu lagi kerana banyak lagi kerja yang perlu saya selesaikan,lagipun cuti isteri saya sudah habis.

"Tetapi saya ada perancangan untuk bawa isteri dan emak menunaikan umrah tahun ini,"katanya.

Menyentuh soal anak, Abam tidak merancang malah dia menerima sahaja rezeki yang Allah berikan.

"Cepat atau lambat itu semua kerja Dia. Saya tak menolak rezeki yang tuhan berikan. Saya terima sahaja dengan apa yang Allah berikan,"katanya lagi.

Abam tidak pernah menghalang isterinya untuk bekerja kerja, malah itu lebih baik dari dia duduk di rumah atau perlu mengikuti saya ke acara seni dan menunggu berjam-jam di situ.Saya merestui apa jua yang di lakukannya. Editor: Ila













Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...