Skip to main content

7 Sekeluarga Sehati Sejiwa.


KANGAR – Tiada mana-mana ibu yang sanggup melihat anak mereka yang dilahirkan dan dipelihara bagai menatang minyak yang penuh mensia-siakan hidup dengan terjebak dalam najis dadah.

Namun, itulah hakikat yang perlu diterima oleh seorang ibu yang berusia 60-an dari Kampung Syed Omar apabila tujuh anaknya termasuk tiga lagi wanita terjerumus dengan aktiviti penagihan dadah.

Lebih menyedihkan adalah apabila warga emas itu sudah tidak mampu lagi mampu untuk mengawal tingkah laku selain mereka juga tidak lagi mahu mendengar cakapnya.

Suspek yang dipercayai berusia antara 17 dan 30 tahun itu bertindak di luar kawalan apabila menjadikan sebuah bilik di rumah mereka sebagai lokasi untuk melepaskan gian bagi menghisap dadah.

Hasil risikan daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersama Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) pada Isnin lalu telah membawa kepada penyerbuan rumah berkenaan.

Dalam serbuan terbabit, pihak berkuasa berjaya menahan empat lelaki manakala tiga saudara wanita itu pula telah ditahan pada Oktober lalu.

Keadaan sedih menyelubungi rumah berkenaan apabila warga emas tersebut hanya mampu menangis melihat anaknya di tahan pihak berkuasa.

Menurut Pengarah AADK Negeri, hasil ujian air kencing mendapati bahawa empat beradik itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Hasil siasatan awal mendapati mereka telah menagih dadah lebih setahun. Hasil pendapatan mereka yang mendapat upah melakukan kerja-kerja kampung itu dihabiskan untuk membeli dadah,” katanya.

Tambahnya lagi, ada dalam kalangan adik beradik berkenaan sudah beberapa kali ditahan dan diletakkan di bawah pengawasan AADK dan polis namun mereka masih lagi mengulangi perbuatan yang sama.

“Kesemua mereka telah di bawa ke pejabat AADK Perlis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. Sumber: Suara.Tv, Editor: Amira
TwitterGoogleShare

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...