Doktor Kecewa Facebook Sekat Gambar Wanita Bersalin



Seorang pakar obstetrik, Dr Lin Tzu-Hung dikatakan berkongsi gambar seorang wanita yang bertindak menyambut kelahiran bayinya di dewan bersalin Pusat Dianthus MFM, Taiwan menerusi laman Facebook akhirnya mengundang padah.

Dia sekadar mahu berkongsi pengalaman indah itu bersama netizen, kata Dr Lin atau dikenali dengan nama Inggerisnya, Jason.

Tulisnya lagi, "ibu berani ini baru sahaja selamat melahirkan bayinya dengan sendiri dan ianya pengalaman yang indah."

Gambar tersebut mendapat lebih 10,000 like gara-gara tular di media sosial.

Namun tidak lama selepas itu, gambar itu dipercayai disekat kerana diklasifikasikan sebagai bahan pornografi dan Dr Lin dikatakan turut meluah rasa kecewa berkaitan tindakan menyekat gambar tersebut.

Tulisnya lagi, "Facebook bertindak menyekat gambar saat ibu berani melahirkan bayinya sendirian kerana menganggap ianya bahan pornografi." Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha