Kredit Photo Harian Metro |
PELABUHAN KLANG – Detik menakutkan terjadi apabila seramai
10 pemancing terkandas selama lebih sembilan jam berikutan bot yang dinaiki
mereka mengalami kerosakan kira-kira 9 batu dari daratan Kuala Selangor, kelmarin.
Bot pancing yang dinaiki mereka bersama dua kru lain itu
difahamkan keluar ke kawasan perairan berkenaan dari jam 10 pagi, Sabtu.
Bagaimanapun, mereka telah diselamatkan oleh Agensi
Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) selepas bot tersebut dikatakan mengalami
kerosakan pada enjin dan hanya boleh terapung di lokasi kejadian.
Pusat operasi Daerah Maritim 4 Selangor menerima aduan
kerosakan daripada pemilik bot itu pada jam 12.50 tengah hari kelmarin, kata
pengarah Maritim Daerah Klang Kapten Kapten Maritim Abu Zaki Mohammad. Bot
peronda Kilat 32 milik APMM yang kemudiannya segera digerakkan ke lokasi
kejadian.
“Namun bot itu kemudiannya dipantau dan dikawal bagi
mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini,“ katanya.
Usaha menyelamatkan 12 individu itu mengalami kesukaran
berikutan keadaan air pasang pada jam 6 petang, menurut beliau.
Katanya lagi, kesemua mereka bagaimanapun selamat tiba di
jeti Bagan Tengkorak pada 10.30 malam tadi.
Pihaknya juga menasihatkan agar komuniti maritime supaya
memastikan bot mereka berada di dalam keadaan yang baik sebelum mereka keluar
ke laut bagi mengelak sebarang kejadian seumpama itu berlaku lagi, kata Abu
Zaki.
Tambahnya lagi, “ia turut mengambil kira factor keadaan
cuaca kepada sesiapa yang mahu melakukan aktiviti di laut. Dia juga meminta
supaya orang ramai memberikan maklumat di talian 24 jam MERS 999 jika terdapat
sebarang asuan, kecemasan dan sebagainya. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha