ZIMBABWE - Seorang wanita nekad melarikan diri dari rumah kerana suaminya memiliki selera yang tinggi.
Luah seorang wanita, Constance Muungani, 26, "saya tidak tahan kerana terpaksa melayan nafsunya enam jam setiap hari."
Suaminya, Fani Mumba, 31, adalah seorang penganggur dan boleh dikatakan setiap hari dia akan menagih 'cinta' Muugani di atas katil.
Keluh Muugani, "saya terlalu kerap berasmara dengannya setiap enam jam setiap hari! Itu sudah melampaui batas sehingga lenguh-lenguh alat sulit ini. Saya bimbang akan mati dalam asmara."
Tambahnya lagi, "suami saya seorang penganggur manakala saya mempunyai kerja. Saya tidak akan kembali lagi kepadanya kerana yang dia tahu hanya mintak 'itu' sahaja. Saya juga mahukan hak penjagaan anak kami."
Namun suaminya berkeras juga tidak mahu bercerai kerana dia masih sayangkan isterinya itu.
Luah suaminya pula, "saya cintakan dia dan saya minta dia berikan saya peluang sekali lagi untuk mengatasi masalah 'ketegangan ini. Saya sangka selama ini saya telah memberinya kepuasan batin tetapi saya tidak tahu perbuatan ini telah menjejaskan perkahwinan kami."
Ketua hakim, Chireya berusaha untuk mendamaikan mereka selepas mendengar luahan dari kedua pihak. Sumber: Eberita. Editor: Atila Atasha