PASIR PUTEH – Sebuah bot karam dihempas ombak besar di Kuala
Tok Bali yang membawa tujuh nelayan warga Thailand di Kuala Tok Bali, di sini
kira-kira jam 1.15 petang.
Namun beberapa jam selepas itu, enam nelayan yang menaiki bot tempatan
bernombor pendaftaran TRF 1097 ditemukan berpaut pada pelampung oleh nelayan
dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Sebelum kejadian, bot
yang keluar dari Tok Bali untuk menangkap ikan itu berpatah balik selepas
keadaan cuaca yang amat buruk, kata pengurus terbabit, Mohamad Azuhan Yaman, 25.
Katanya usaha untuk mencari seorang lagi mangsa sedang giat
dijalankan. Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Nurul Hizam Zakaria,
mengesahkan kejadian itu. Sumber: Utusan Online. Editor: Atila Atasha