Skip to main content

Aku Merempat Di Negara Sendiri

Kredit Photo Harian Metro
MELAKA – Kehidupan seorang wanita yang dikenali sebagai Ain, 23 menemui jalan buntu apabila dia mendapati dirinya tiada sebarang identiti mahupun mengetahui asal-usulnya.

Jelasnya, “saya sebolehnya mahu berkeluarga, malah pada tahun depan saya juga merancang untuk bernikah. Calon suami pun sudah ada, tapi bagaimana mahu isi borang kalau saya sendiri tiada identiti.”

Ketika ditemui di Bandar Hilir kelmarin, dia berkata, “kalau boleh saya mahu menjadi warganegara yang sah dan tidak lagi hidup di dalam ketakutan, namun sampai kini saya tidak tahu asal-usul atau mengenali siapa wanita yang melahirkan saya.”

Sejak beberapa tahun yang lalu, dia pernah beberapa kali ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) termasuk di Putrajaya untuk memohon MyKad, namun tidak berjaya kerana tidak ada bukti yang boleh menyokong dia dilahirkan di negara ini, dakwa gadis itu.

Dia berkata bahawa kehidupannya menjadi rumit dan dia boleh dilabelkan orang hanyut kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan tiada mana-mana negara mengiktirafnya sebagai rakyat yang sah.

Ain mendakwa dia membesar di kawasan lorong di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Selepas itu, dia dijaga oleh keluarga angkatnya pada usianya kira-kira enam tahun dan kemudian dia diserahkan pula kepada sebuah lagi keluarga lain beberapa tahun kemudian.

“Sepanjang dijaga dua keluarga angkat tersebut yang menetap di Ampang, Selangor dan Kuala Lumpur, saya tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah kerana tidak ada nama secara rasmi. Saya juga memang tidak ingat apa-apa ketika itu.”

Katanya lagi, “Keluarga angkat juga memanggil nama dengan panggilan Ain, jadi saya anggap itu adalah nama rasmi saya dan umur saya pula saya agak saja dalam 23 tahun kerana langsung tidak tahu tahun sebenar dilahirkan.”

Sepanjang dijaga keluarga angkat dia dipaksa melakukan tugas orang dewasa seperti menjaga bayi, mencucuk sate, menyiang ayam dan ikan serta menjadi pembantu gerai, katanya.

Semasa kanak-kanak, dia mahu untuk pergi ke sekolah namun tidak dibenarkank kerana dia tidak memiliki sebarang dokumen kelahiran dan keadaan itu menyebabkan dia berasa sangat tertekan, jelas beliau lagi.
Ketika dia berumur sekitar 12 atau 13 tahun, dia telah nekad dengan bertindak melarikan diri dari rumah dan merayau seorang diri sehingga ke Chow Kit namun beliau bernasib baik kerana dijaga oleh seorang pondan selama beberapa tahun.

Namun sepanjang tempoh tersebut, dia telah mengambil upah dengan mencuci pinggan di sebuah restoran mamak, malah dia berasa gembira kerana diajar membaca dan menulis oleh pondan yang menjaganya.

“Namun selepas itu, saya diminta keluar dari rumah berkenaan pada ketika itu kerana bimbang ditangkap berikutan menjaga orang hanyut macam saya. Dengan menggunakan wang simpanan selama bekerja di restoran mamak itu, saya telah mencari kerja lain dan hidup berdikari sehingga kini.

Katanya, dia pernah mencuba menjejak semula individu yang pernah menjaganya termasuk pondan tersebut namun gagal kerana rumah yang dia pernah diami sebelum ini sudah tiada lagi dan sudah dibangunkan menjadi taman perumahan.

“Namun yang lebih menyulitkan adalah saya tidak tahu siapa mereka, saya cuma tahu nama panggilan ringkas sahaja  dan bukan nama penuh. Sama juga dengan ibu bapa saya kalau ada rezeki berjumpa dengan mereka saya bersyukur dan kalau sebaliknya apa boleh buat,” kata gadis itu.

Dalam pada itu, dia juga turut mendakwa telah kerugian sebanyak RM5,000 kerana ditipu oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai JPN yang kononnya boleh membantunya bagi mendapatkan MyKad dengan menggunakan jalan belakang. Sumber: Harian Metro. Edtor: Atila Atasha

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut