Skip to main content

"Saya Tak Mahu Ulas Soal Hubungan Sebagai Suami Isteri Kerana Ia Akan Memalukan Dia"

SHAH ALAM: Siti Arifah Mohd Amin yang dikenali sebagai Joy Revfa, merupakan Usahawan kosmetik nekad meneruskan penceraian dengan penyanyi Hafiz Hamidun.

Joy Revfa berkata, jika mahkamah memutuskan pernikahannya dengan Hafiz sah sekali pun, dia tetap dengan keputusan menamatkan perkahwinan tersebut kerana menganggap Hafiz Hamidun merupakan individu tidak bertanggungjawab.

Menurut laporan mStar Online ketika membuat sidang media Joy Revfa berkata "Apa guna kalau bergelar suami-isteri sedangkan tiada lagi perasaan sayang itu. Cukuplah! Ini pengajaran untuk saya.

"Secara peribadi dia bukan seorang suami yang bertanggungjawab. Dia sepatutnya berada di sisi saya, bukannya melarikan diri apabila timbul isu begini.

"Saya tak mahu ulas mengenai soal hubungan kami sebagai suami dan isteri kerana ia hanya akan memalukan dia. Syukur, dia dah failkan penceraian terhadap saya," katanya kepada mStar Online.

Joy ditemui pada sidang media yang diadakan di pejabat urusan Merve di Shah Alam, pada Khamis.

Turut hadir ialah peguam syarie mewakili Joy iaitu Aznor Syuhada dan Muhammad Nur Hafiz Roslan.

Sebelum ini Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 9 November depan untuk sebutan kes faraq nikah yang difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu.

Permohonan itu dibuat selepas Hafiz meragui perkahwinan mereka kerana semasa bernikah, tiada dokumen perceraian Joy dengan suami pertamanya disertakan.

Ketika Joy melakukan sidang medianya pada Khamis, Hafiz terlebih awal memfailkan permohonan untuk bercerai dengan Joy yang dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya dengan menyenaraikan enam sebab kenapa dia berbuat demikian.

Sementara itu, Joy memaklumkan Hafiz cuba mengelakkan diri ketika diajak berbincang mengenai status perkahwinan mereka.

"Saya telah berusaha menghubungi Hafiz, namun dia tidak mengambil peduli mengenai masalah rumah tangga mereka.

"Sejujurnya, selalu mesej minta dia berdamai, tapi dia tak layan. Itu yang saya kesal kerana dia tak mahu bincang secara baik," katanya.

Dalam sidang media tersebut, Joy turut memaklumkan Hafiz sebelum ini berkeras ingin meneruskan perkahwinan meskipun sudah mengetahui dia masih belum menerima surat penceraian yang sah.

Malah, Hafiz berjanji untuk menyelesaikan isu penceraian terdahulunya.
"Saya tolak lamaran pertama kerana saya masih belum mendaftarkan perceraian tapi dia tetap nak berkahwin.

"Dia kata dia boleh selesaikan isu ini selepas pernikahan, malah ibu saya percaya Hafiz mampu membimbing saya dan akhirnya kami menerima lamaran Hafiz Hamidun," katanya.

Dalam sidang media yang sama Joy berkata, sepanjang perkahwinan termasuk ketika berbulan madu di Taiwan bagi menjayakan sebuah program terbitan Astro, mereka tidak pernah melakukan hubungan kelamin kerana kegagalan Hafiz memberikan nafkah batin.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Pada Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan perceraian Joy dengan Mohd Rayos Abdul Rahim suami perkahwinan pertamanya jatuh talak satu yang berlaku dua tahun lalu.

Mereka bernikah di Selatan Thailand pada 2015 dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus kini berusia tiga tahun. - mStar Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...