Skip to main content

Bekas Pemain Patut Berehat Di 'Muzium', Khairy Sindir Jamal Nasir

Foto Berita Harian Online
PUTRAJAYA - Susulan isu di sebalik kemerosotan prestasi serta ranking skuad kebangsaan di persada antarabangsa yang hangat diperbincangkan sejak semalam, Khairy Jamaluddin yang merupakan Menteri Belia dan Sukan telah menegaskan bahawa Johor Darul Ta'zim (JDT) bukan punca utama berlakunya perkara tersebut.

Malah menurut laporan Berita Harian Online, Khariy menyifatkan pandangan segelintir bekas pemain kebangsaan yang menyalahkan JDT, kurang tepat dan tidak masuk akal.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bekas pemain kebangsaan berkenaan mengeluarkan kenyataan demikian kerana iri hati dengan kejayaan JDT dan mempunyai niat lain termasuk menyindir Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim .

"Pandangan itu memang tidak masuk akal. Adakah kalau pasukan Sepanyol kalah kita nak salahkan Barcelona atau Real Madrid? Sepatutnya kita terus memberikan galakkan kepada pasukan negeri dan kelab lain untuk mencontohi dan menjadi seperti JDT.

"Memang adakalanya pemain kebangsaan terpaksa berada di bangku simpanan tetapi mereka terdedah kepada kejohanan yang tidak disertai pasukan lain seperti Piala AFC dan sebagainya.

"Jadi, bagi saya dakwaan itu datangnya daripada mereka yang iri hati dan mungkin ada agenda tersirat ingin menyindir kepemimpinan FAM.

"Seperti mana saya nyatakan sebelum ini, kita kena terus bagi sokongan kepada FAM. Masalahnya peminat bola sepak kita sekarang mahu melihat kejayaan datang terlalu cepat. Bila kita mengharap kejayaan datang terlalu cepat maka itu akan menjadi masalah utama kepada bola sepak negara," katanya selepas program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) ke-44 di sini, hari ini.

Semalam, bekas pertahanan skuad Olimpik Moscow 1980, Datuk Jamal Nasir Ismail mendakwa antara punca kemerosotan prestasi dan ranking skuad kebangsaan disebabkan penghijrahan pemain bintang tempatan ke skuad Harimau Selatan itu.

Menurutnya, kemerosotan itu dapat dilihat sebaik tonggak kebangsaan yang begitu menyerlah sebelum menyertai JDT seakan kehilangan sentuhan apabila mereka kembali beraksi bersama Harimau Malaya.

Katanya, tindakan JDT 'menyapu bersih' semua pemain hebat tempatan yang kemudiannya sekadar memanaskan bangku simpanan, cukup merugikan terutamanya buat skuad kebangsaan.

Justeru, Khairy menggesa semua pihak terutama bekas pemain kebangsaan supaya berhenti mengkritik JDT dan pengurusan FAM berhubung prestasi buruk skuad Harimau Malaya dan kemerosotan ranking dunia.

"Saya berharap suara-suara bekas pemain kebangsaan berhenti daripada terus lantang mengkritik Tunku Ismail dan FAM biarpun kita hargai pandangan mereka sebagai orang lama.

"Pada saya, mereka sepatutnya berehat di 'muzium', berilah generasi baharu mengendalikan bola sepak negara," katanya.-Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...