Anak Perempuan Jackie Chan Dedah Dirinya Lesbian

Anak perempuan Jackie Chan, Etta Ng mendedahkan dia kini seorang 'lesbian'.

Menerusi satu entri di Instagram (IG), Etta Ng memuat naik kapsyen yang menggunakan beberapa hashtag dan salah satunya adalah #lesbian

Ini kali pertama Etta berkongsi mengenai dirinya kerana selama ini, gadis berusia 18 tahun ini cenderung untuk tidak menonjol, apatah lagi mendedahkan mengenai kehidupannya.

Tidak hanya sekadar mengaku dirinya lesbian, Etta juga memperkenalkan kekasihnya, Andi Autumn, seorang bintang media sosial.

Etta merupakan anak hasil hubungan Jackie dengan kekasihnya Elaine Ng, seorang ratu cantik di era 90-an.

Namun hubungan mereka berakhir sebelum Etta dilahirkan. Sejak itu, Etta dan ibunya telah menjalani kehidupan yang privasi di Hong Kong.

Sementara itu, Jackie yang kini sedang sibuk dengan promosi filem The Foreigner, belum membuat sebarang kenyataan mengenai seksualiti anak perempuannya, buat masa ini. Sumber: Astro Gempak