Skip to main content

Annuar Musa 'Dipancung' Di Ketereh, Ustaz Kazim Bertanding Kerusi Parlimen Larut


BN mempertaruhkan penceramah Mohd Kazim Elias atau dikenali dengan gelaran Ustaz Kazim untuk bertanding kerusi parlimen Larut di Perak.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki pula akan bertanding di Grik manakala Shamsul Annuar Nasarah pula akan bertanding di Lenggong.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan hal ini pada majlis pengumuman calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Umum ke-15 di WTCKL, malam ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga akan mempertahankan kerusi Bagan Datuk. Mohd Arif Abd Majid pula diletakkan bertanding di Padang Rengas, menggantikan penyandang kerusi itu Nazri Aziz.

Pengerusi Umno Perlis Shahidan Kassim dan penyandang parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin tiada dalam senarai calon BN yang diumumkan malam ini.

Parlimen Padang Besar akan ditandingi Zahida Zarikh Khan manakala kerusi Arau yang disandang Shahidan akan ditandingi Rozabil Abdul Rahman.

Sementara itu, Kangar pula akan ditandingi Fathul Bari Mat Jaya.

Di Kelantan, sebagaimana yang disepekulasikan, ketua Umno bahagian Annuar Musa ‘dipancung’ namanya daripada menjadi calon BN di parlimen Ketereh.

Ketua Puteri Umno Kelantan Marzuani Ardila bakal bertanding di Parlimen Ketereh.

BN juga masih mengekalkan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding di parlimen Gua Musang.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li memegang rekod sebagai wakil rakyat paling lama berkhidmat di negara ini.

Dia mula bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Kelantan Barat pada 1969 dan berjaya menewaskan calon PAS, Hussin Abdullah.

Kemudian Razaleigh beralih ke kerusi Parlimen pada 1974 bertanding di kawasan Gua Musang, yang sebelum ini dikenali sebagai Parlimen Ulu Kelantan dan kekal sebagai wakil rakyat Gua Musang.

Walaupun sebelum ini, Ketua Pemuda Pekan Mohd Nizar Najib dikatakan akan bertanding di Pekan namun BN meletakkan Sheikh Mohmed Puzi Sheikh Ali bagi bertanding kerusi yang disandang bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini.

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob kekal di Bera manakala Sharkar Shamsuddin akan bertanding di parlimen Temerloh.

Khairy Jamaluddin pula akan bertanding di parlimen Sungai Buloh, Selangor meninggalkan kerusi Rembau yang disandangnya selama tiga penggal.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan pula akan bertanding parlimen Rembau.

Dalam perkembangan berkaitan, Jamal Md Yunos pula akan bertanding di parlimen Sungai Besar manakala Tengku Zafrul Abd Aziz akan bertanding di Kuala Selangor.

BN meletakkan Megat Zulkarnain Omar Din bertanding di Gombak.

Tengku Adnan Tengku Mansor pula kekal mempertahankan kerusi parlimen Putrajaya. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut