Skip to main content

Kes Baru COVID-19, Surau Al-Jannah, Shah Alam Diarah Tutup


KUALA LUMPUR : Seorang jemaah surau itu dikesan mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 berkaitan Kluster Sivagangga, surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam diarah tutup serta merta

Sebaliknya, larangan itu bertujuan melindungi umat Islam daripada dijangkiti COVID-19 selain mengelak jemaah menjadi mangsa seandainya berlaku jangkitan baharu yang berpunca daripada aktiviti di surau itu.

Semua operasi surau termasuk solat fardu Jumaat, solat fardu lima waktu berjemaah dan aktiviti pengimarahan di surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam diarah tutup serta merta.

Turut diarah tutup adalah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang beroperasi di surau tersebut.

Menurut Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad, langkah itu diambil susulan salah seorang jemaah surau itu dikesan mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 berkaitan Kluster Sivagangga.

"Hanya tiga petugas jawatankuasa dibenarkan untuk memimpin solat fardu di solat berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Mohd Shahzihan menambah, surau itu hanya boleh beroperasi semula selepas mendapat kebenaran JAIS.

Dalam pada itu katanya, jawatankuasa surau juga perlu memastikan individu berkenaan menjalankan saringan COVID-19 dan melaporkan keputusan itu kepada JAIS.

Katanya, JAIS juga telah mengarahkan seluruh kawasan surau dan sekolah itu disanitasi serta merta.

"Kita juga mengarahkan jawatankuasa surau untuk sentiasa memantau rapat perkara ini dan mengingatkan para jemaah dan ahli kariah untuk meningkatkan langkah-langkah pencegahan," katanya lagi. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut