Skip to main content

Isteri Curang Ditahan Ingkar PKP Berdua-Duaan Dalam Kereta

POLIS menahan lelaki dan wanita berduaan dalam kereta dalam pemeriksaan Op Covid-19 di Kampung Tok Gebok, Ajil. NSTP/Ihsan Polis
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki berstatus suami ditahan bersama wanita yang juga isteri orang dalam pemeriksaan Op COVID-19 di Hulu Terengganu, kelmarin.

Pasangan berusia 41 dan 28 tahun itu ditahan ketika berdua-duaan dalam kereta dipercayai milik lelaki terbabit di kawasan Kampung Tok Gebok, Ajil, jam 2 petang.

Lelaki terbabit dari Kampung Bukit Payung, Marang memberi alasan mahu menghantar wanita berkenaan di sebuah klinik di pekan Ajil, bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Mohd Adli Che Daud, berkata alasan yang tidak kukuh itu menyebabkan pasangan terbabit ditahan kerana sengaja mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa tiga bermula Rabu lalu.

“Siasatan mendapati wanita berstatus isteri orang itu tinggal di Kampung Kolam, Kuala Ibai, Kuala Terengganu yang jaraknya lebih 30 kilometer (km) dari pekan Ajil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam tangkapan berasingan, seorang pemuda berusia 20 tahun dari Cabang Jelkis Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan ditahan kerana melanggar Sekatan Jalan Raya (SJR) PKP di hadapan Balai Polis Hulu Terengganu jam 6.10 petang, hari sama.

“Ketika melalui SJR itu, anggota bertugas mengarahkan lelaki terbabit berhenti sebelum memecut motosikal ditungganginya ke arah pekan Ajil.

“Bagaimanapun dia berjaya ditahan anggota yang bertugas di SJR Ajil ketika melalui kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit memahami kesalahan yang dilakukan selain melakukan kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

Mohd Adli berkata, tiga individu itu ditahan reman sebelum dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 269 Kanun Kesiksaan (KK) dan Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Dibawah Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan) 2020.

“Pemuda berusia 20 tahun itu turut dituduh mengikut Seksyen 186 KK kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata, tangkapan tiga individu terbabit adalah kes ingkar PKP pertama di daerah itu, sejak dilaksanakan 18 Mac lalu. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut