Skip to main content

Kandungan Isteri Berusia Tujuh Bulan Antara Ujian Terbesar Petugas Barisan Hadapan

ARAU: Mengasingkan diri daripada isteri yang sedang sarat dengan kandungan berusia tujuh bulan antara ujian terbesar yang perlu ditanggung petugas barisan hadapan dari Ulu Pauh, Arau di sini.

Jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Syed Afifi Latif Syed Hussin, 29 berkata pengalaman menjaga dan merawat pesakit COVID-19 menguatkan semangatnya untuk terus berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat walaupun dia sendiri berhadapan kesukaran.

Katanya, demi keselamatan ahli keluarga dia terpaksa mengasingkan diri di rumah bersendirian terutamanya daripada isteri Nur Amiratul Amira Sabri, 23 selama 21 hari.

Pengasingan itu perlu dibuat bagi memenuhi tuntutan tugas sebagai barisan hadapan selain sebahagian daripada prosedur yang ditetapkan.

“Sewaktu nama saya disenaraikan untuk bertugas mengawal wabak COVID-19, isteri bersedih dan sugul apatah lagi dia kini sedang sarat tujuh bulan anak pertama kami sentiasa memerlukan saya di sisi.

“Namun atas kehendak tugas, dia reda dan memahami walaupun tahu dari riak wajahnya jelas tidak merelakan saya untuk pergi sewaktu meninggalkannya di rumah mentua,” katanya yang bakal menimang cahaya mata pada Jun ini.

Syed Afifi Latif berkata, sepanjang merawat pesakit COVID-19 pelbagai cabaran yang dihadapi khususnya ketika memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE).

“Setiap masa saya hanya berdoa jika ketetapan ajal saya di sini (ketika bertugas), mudah mudahan Allah mengurniakan ganjaran yang besar di akhirat.

“Sepanjang masa saya mengenakan PPE memandangkan pesakit di bawah jagaan saya ketika itu sudah kritikal, walaupun hanya sekejap (mengenakan PPE) tetapi peluh yang keluar seakan bekerja di bawah terik matahari,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, setiap kali menanggalkan PPE, dia dikehendaki membersihkan seluruh tubuh badan kerana ia adalah prosedur yang ditetapkan selain perlu berada di dalam keadaan siap sedia sepanjang masa.

“Itu belum diceritakan kehidupan berseorangan di rumah tanpa ahli keluarga, setiap hari jika rindu saya dan isteri akan berbual melalui telefon,” katanya.

Katanya, tiada apa yang diharapkan melainkan wabak yang melanda negara ini reda dan keadaan kembali normal sebelum isterinya melahirkan anak mereka.

“Saya menyeru kepada rakyat di luar sana patuhilah perintah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) supaya pandemik ini dapat diputuskan rantaiannya.

“Kami warga KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ketika ini amat berharap agar kalian berlaku jujur dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...