Skip to main content

Kempen Sinis Terhadap Pemilik Lembu

FELDA CHINI - Kempen ‘sinis’ terhadap pemilik lembu yang tidak bertanggungjawab membiarkan binatang tersebut berkeliaran di jalan raya mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya di media sosial.

Gambar kain rentang dengan tulisan 'Kempen selamatkan pengguna jalan raya. Lembu di jalanan hak awam, sila ambil" yang digantung pada papan tanda arah ke Felda Chini dikongsikan oleh kumpulan Rodong Koi di Facebook milik mereka.

RodongKoi turut berkongsi gambar lembu yang berkeliaran di jalan raya dengan memuat naik status “Lembu percuma,” kiriman penduduk Bandaraya Chini.

Perkongsian tersebut kini tular di media sosial dan rata-rata netizen bersetuju dengan kempen yang dilakukan dan menyokongnya bagi memberi pengajaran kepada pemilik lembu supaya memberi perhatian kepada lembu tersebut.

“Orang Kuantan siapa nak lembu percuma boleh pergi ke Felda Chini. Orang-orang Felda Chini sudah kira lembu berkeliaran hak awam. Seekor kalau jual tak lari RM2000, wow...kalau 20 ekor tak ke kaya. Jangan lepaskan peluang keemasan, lesen sudah diberikan penduduk kampung,” tulis Firdauslindafakhrul Fakhrul di Facebook.

Sani Rahimi pula menulis, “Patut pun kita ambil, siapa suruh mereka biarkan lembu mereka berkeliaran sesuka hati begitu. Bukan sahaja mengundang bahaya namun boleh membawa maut kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut." - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut