Skip to main content

Najib Menafikan Kerap Jumpa Jho Low Bincang Isu 1MDB Tahun Lepas


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menafikan laporan yang mengatakan bahawa beliau kerap terbang ke China tahun lalu adalah bagi bertemu jutawan kontroversi Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama panggilan Jho Low.

Ketika ditanya mengenai dakwaan tersebut, Najib hanya menjawab "Tidak" sebelum bertindak meninggalkan parlimen.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Wall Street Journal yang enggan menamakan individu tersebut hanya menyatakan bahawa bekas pegawai kerajaan yang pernah berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri pernah bertemu Jho Low pada Mei 2017.

Najib dikatakan telah bertemu dengan Jho Low di luar forum Belt and Road yang berlangsung di Beijing bagi membincangkan projek-projek infrastruktur yang melibatkan China.

Malah projek terbaru saga 1MDB pada kali ini juga dikatakan telah membabitkan beberapa entiti di China yang turut menampilkan kelibat ahli perniagaan kontroversi Jho Low.

Dalang disebalik Skandal 1MDB tersebut dikatakan berperanan penting dalam rundingan projek saluran paip Suria Strategik Energy Resources Sdn Bhd (SSER) bagi mengubah dana untuk menyelamatkan 1MDB.

Laporan daripada The Wall Street Journal tersebut enggan menamakan individu berkenaan dan hanya menyatakan bahawa individu terbabit adalah merupakan bekas pegawai Malaysia yang pernah berkhidmat di pejabat perdana menteri.

Menurut pegawai berkenaan, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjumpa dengan Low untuk membincangkan projek-projek dengan China pada Mei 2017, semasa beliau di Beijing menghadiri forum Belt and Road.

Ketika itu, China Petroleum Pipeline Bureau di Beijing telah menerima dana untuk projek berkenaan.

Menurut seorang pegawai Malaysia yang masih berkhidmat memberitahu bahawa salah seorang daripada sekutu Low dalam 1MDB telah hadir mesyuarat bagi membincangkan projek berkenaan paip itu.

Malah menurut laporan semalam, pinjaman bernilai RM9.4 bilion dari China Exim bank telah dibuat bagi tujuan projek SSER telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

WSJ melaporkan terdapat pegawai-pegawai malaysia yang percaya bahawa sebahagian daripada pinjaman tersebut telah disalurkan kepada beberapa buah syarikat shell sebelum berakhir di Silk Road Southeast Asia Real Estate Ltd yang merupakan sebuah syarikat China yang berpusat di Kepulauan Cayman.

Seorang pelabur Asia Barat dilaporkan merupakan pemilik tunggal yang mendapatkan manfaat daripada Silk Road dan beliau juga dipercayai merupakan pegawai sekutu Low.

Adalah dimaklumkan di Dewan Rakyat pada 24 Ogos tahun lalu bahawa Silk Road membayar 1MDB 4.25 bilion yuan (RM2.7 bilion), atas dasar untuk membeli tanah milik dana pelaburan negara seluas 34 ekar di Ayer Itam, Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, Silk Road tidak pernah menerima tanah yang dibayarnya, memandangkan kerajaan negeri Pulau Pinang telah membekukan harta itu.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut