Skip to main content

Zeti Aziz Tahu Duit RM2.6 Bilion Dalam Akaunnya - Najib


KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas (Task Force) yang menyiasat dakwaan salah guna dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjangkakan akan ada lagi akaun yang bakal dibekukan.

Setakat ini pasukan petugas khas itu telah membekukan sebanyak 408 akaun bank melibatkan dana RM1.1 bilion daripada akaun-akaun milik individu, parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 26 dan 29 Jun 2018 lalu.

Menurut laporan Berita Harian Online, Datuk Seri Najib Razak mendakwa Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ketika menjadi Gabenor Bank Negara menyedari kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaunnya sebelum Pilihan Raya Umum 2013, namun tidak pernah mempersoalkan perkara itu.

Dalam temubual ekslusif bersama portal berita Malaysiakini, baru-baru ini, bekas Perdana Menteri itu berkata, Bank Negara sepatutnya memberitahu beliau jika ada keraguan berhubung dana berkenaan.

"Jika Bank Negara tahu tentang dana ini, dan mereka ada bayangan atau pengetahuan bahawa mungkin akan ada keraguan tentang sumbernya, mereka patut beritahu saya.

"Tetapi ia tidak berlaku. Jadi, saya menyangka ia tiada masalah," katanya.

Ditanya sekali lagi sama ada Zeti tidak memberi sebarang amaran, Najib berkata tiada maklum balas daripada Bank Negara dan beliau menyangka semuanya dalam keadaan baik.

Zeti yang bersara pada 2016 selepas 16 tahun menjadi Gabenor Bank Negara, dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional berhad (PNB) menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar, minggu lalu.

Dalam perkembangan sama, Najib mengulangi wang berjumlah AS$681 juta (RM2.6 bilion) adalah derma daripada anggota keluarga diraja Arab Saudi.

Beliau juga menegaskan sudah mengembalikan AS$620 juta daripada wang berkenaan kepada pendermanya selepas PRU-13.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam saman sivilnya turut mendakwa wang berkenaan berasal daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini, bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Puad Zarkashi, pernah menyuarakan dakwaan sama bahawa Zeti menyedari kewujudan RM2.6 bilion itu dalam satu pertemuan dengan pelajar Malaysia di Australia pada 2016.

Puad dilaporkan berkata pemimpin UMNO bertemu Najib ketika skandal itu mula meletus pada 2015 dan Najib ketika itu mengakui menerima wang berkenaan.

Najib juga mendakwa sudah berbincang mengenainya bersama Zeti, malah Bank Negara memberi kebenaran untuk wang itu dibawa masuk.

Beliau berkata Najib turut memiliki dokumen kelulusan daripada Bank Negara dan sehingga kini Zeti belum mengulas dakwaan Najib dan Puad itu.

Zeti adalah anggota jawatankuasa kerja yang diketuai bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang menyiasat wang RM2.6 bilion dan RM42 juta dalam akaun peribadi Najib. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut