Skip to main content

Walaupun Tun Mahathir Tak Nak Hantar Zakir Naik, Ramasamy Tetap Mahu Zakir Naik Dihantar Pulang.


Isu hantar pulang Zakir Naik, P Ramasamy mengingatkan agar kerajaan Malaysia menghormati perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan India menandatangani perjanjian pada 2010.

Menurut laporan Malaysiakini, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu berkata demikian sebagai mengulas berhubung pendakwah kontroversi berasal dari India, Zakir Naik.

"Jika India membuat permohonan rasmi untuk ekstradisi Zakir, ia perlu dihormati," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Malaysia dan India menandatangani perjanjian ekstradisi pada 2010.

Rabu lalu, media India melaporkan Menteri Hubungan Luar negara itu telah membuat permohonan rasmi kepada Putrajaya agar Zakir dihantar pulang ke India.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu media pagi ini bahawa Zakir, yang telah diberi status penduduk tetap di Malaysia, tidak akan dihantar pulang.

"Selagi dia tak timbulkan masalah, kita tidak akan hantar dia pulang kerana dia ada status penduduk tetap," katanya.

Bagaimanapun, Ramasamy menjelaskan bahawa kerajaan India membuat dakwaan serius terhadap Zakir, antaranya dakwaan pengubahan wang haram, menganggu keharmonian, dan terlibat dengan aktiviti yang melanggar undang-undang.

"Tidak perlu wujud risau terjadi penganiayaan. India negara demokratik. Jika Zakir tidak bersalah, dia boleh cabar dakwaan itu di mahkamah," katanya.

Pemimpin DAP itu juga berkata Malaysia telah menghantar pulang beberapa individu sebelum ini, termasuk individu yang dikehendaki oleh kerajaan Sri Lanka.

Ramasamy turut bertanya bagaimana sekiranya negara lain enggan menghantar pulang penjenayah yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia.

"Bagaimana jika India enggan menghantar individu yang didakwa penjenayah yang dikehendaki dan sebaliknya dibenarkan mendapat perlindungan di negeri itu?

"Saya tidak pasti jika Zakir terlibat dengan sebarang jenayah di Malaysia, tapi saya pasti dia ada buat ucapan yang menggalakkan kebencian," katanya.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran menggesa kerajaan BN menarik semula status penduduk tetap Zakir kerana didakwa membuat ucapan berbaur kebencian.

"Dia sudah membuat pelbagai ucapan yang menggalakkan kebencian di negara ini dan di nagara lain. Dia tidak seharusnya dibenarkan tinggal di sini.. Ramai yang terpengaruh olehnya terlibat dalam aktiviti keganasan.

"Dia perlu dihanta pulang ke India untuk berdepan dengan dakwaan pengubahan wang haram dan membuat ucapan menggalakkan kebencian," katanya.

Kulasegaran juga mengingatkan bahawa sekiranya Singapura menghalangnya masuk ke negara mereka, Malaysia juga perlu melakukan hal sama.

Sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Dr Mohamad berkata Malaysia tidak akan mengusir pendakwah bebas Dr Zakir Naik selagi beliau tidak menimbulkan masalah.

Ini kerana katanya Zakir telah diberikan status pemastautin tetap di negara ini.

“Selagi beliau tidak menimbulkan masalah kita tidak akan hantar dia balik kerana beliau telah diberikan status pemastautin tetap,” katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada pendakwah bebas itu akan dihantar pulang ke India atau kekal di Malaysia.

Sebelum ini beberapa portal berita melaporkan Zakir akan dihantar pulang ke India.

Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Zakir yang didakwa terbabit dengan serangan pengganas di Dhaka serta pengubahan wang haram meninggalkan India pada 2016.

Kerajaan India telah membatalkan pasport Zakir setelah beliau banyak kali mengabaikan permintaan agar hadir di Badan Penyiasat Kebangsaan India bagi membantu siasatan.

Rabu lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun juga menafikan laporan Zakir akan dihantar pulang ke India dan berkata tiada sebarang arahan dikeluarkan berkenaan perkara itu. -Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...