Skip to main content

ADUN DAP Terima Ugutan Bunuh Setelah Difitnah Akan Menyerang Institusi Islam.


Setelah difitnah kononnya mahu menyerang semua institusi Islam, terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Syerleena Abdul Rashid terima ugutan bunuh.

Menurut laporan Malaysiakini, ADUN DAP Pulau Pinang menerima ugutan bunuh susulan fitnah berniat jahat yang mendakwa beliau akan menyerang semua institusi Islam, terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), demi partinya.

ADUN Seri Delima Syerleena Abdul Rashid berkata, ugutan itu melalui nota yang ditemui di peti surat rumahnya pada pukul 3.30 petang semalam.
 

"Ini adalah ancaman terhadap nyawa dan keselamatan saya. Saya jumpa ketika ingin mengambil surat. Saya terkejut dan takut kerana ini ancaman yang serius," katanya pada sidang media di pejabatnya di Green Lane, George Town.

Nota tulisan tangan itu tertulis "Maut menanti kamu!" dan disertakan dengan risalah berisi dakwaan bersifat fitnah bahawa beliau berikrar untuk menyerang semua institusi Islam demi DAP.

Dakwaan kedua pula menyatakan beliau akan berjuang agar Kristian menjadi agama rasmi negara selepas PRU ke-14.

Syerleena berkata telah membuat laporan di balai polis Jelutong.
 

Katanya lagi, polis telah mengambil nota asal bagi kajian forensik, dan bukti akan dihantar ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Beliau berkata dakwaan itu pernah disebarkan di media sosial pada Mac dan Ogos tahun lalu dan telah menafikannya.

Tuduhan itu muncul kembali sebelum PRU ke-14 iaitu pada April tahun ini. Ketika itu beliau turut membuat laporan di beberapa balai polis.

"Saya terima banyak mesej yang bernada negatif. Saya telah buat laporan polis dan mengenal pasti beberapa posting di Facebook berkaitan dakwaan itu dan telah memberitahu polis tentangnya," katanya lagi.
 

Beliau berharap polis dapat mengambil tindakan segera dan tidak lagi boleh memberikan alasan akaun-akaun Facebook ini dijaga pengguna di luar negara.

"Dengan kerajaan baru, harapnya akan ada tindakan tak lama lagi. Perkara ini sudah lama berlarutan.

"Saya tidak tahu tujuan atau siapa yang menghantar ancaman ini, tetapi kami merasakan ia ada kaitan dengan dakwaan terhaap saya," katanya lagi. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...