Skip to main content

Tun Dr Mahathir Bakal Lancar Projek Kereta Nasional Kali Ke 2. Gantikan Proton.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bakal memulakan sebuah lagi projek kereta nasional.

Ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) ke-24 di Tokyo, Jepun pagi tadi, beliau berkata projek berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa negara di rantau ini.

“Kalau saya tak dapat balik Proton, saya ada idea untuk memulakan sebuah lagi syarikat automotif,” kata Dr Mahathir pada forum tentang pelaburan China di Malaysia.

"Kami berharap untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional dengan bantuan rakan-rakan dari negara-negara Asia seperti Thailand, Jepun, Korea dan China memandangkan wujud kemampuan untuk mengeluarkan kereta yang berkualiti yang boleh dipasarkan di seluruh dunia. Kami mahu memasuki pasaran dunia," katanya.

Menurutnya, sebuah lagi kereta nasional akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pengetahuan dan kejuruteraan tempatan.

“Bagi Proton, beberapa syarikat ditubuhkan untuk membuat komponen dan bahagian untuk kereta itu.

“Kereta perlukan 4,000 bahagian, jadi ia memberi peluang kepada pengilang,” katanya, yang mengeluh syarikat pembuatan tempatan terpaksa ditutup sejak negara tidak lagi memiliki kereta sendiri.

Ahli politik 92 tahun itu kesal dengan penjualan kepentingan Proton, yang menurut beliau dalam keadaan “agak baik” untuk sebuah negara membangun.

“Tidak ada negara membangun lain di dunia ini yang boleh menghasilkan kenderaan pada standard yang sama seperti keluaran negara maju.

“Kereta Proton memiliki ciri-ciri kereta dari negara-negara lain,” katanya.

Beliau berkata kekurangan kereta Proton ialah kerana tidak akur pada pada standard Euro5, yang bagi Dr Mahathir boleh dicapai “jika kita sanggup menanggung kesannya”.

Bercakap kepada wartawan selepas itu, tu, Dr Mahathir berkata beliau akan memperhalusi idea menubuhkan syarikat pembuatan kereta nasional jika diberi peluang.

Bagaimanapun ia mungkin tidak akan berlaku kerana pembangkang dan penyokong mereka mendapati sukar untuk mendapatkan pinjaman untuk melaksanakan rancangan itu.

Ditanya sama ada beliau akan cuba merealisasikan rancangan itu sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan, Dr Mahathir menjawab “mungkin”.

“Kita ada ramai jurutera yang bagus tetapi sudah meninggalkan Proton dan mereka boleh mulakan syarikat automotif baharu.

“Kita ada kemahiran, dari A ke Z. Kita boleh reka, uji… kita ada semua yang diperlukan.”

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, yang turut hadir di forum itu, bagaimanapun memberi bayangan rancangan seperti itu akan dikaji dengan teliti terlebih dahulu.

“Kita juga bertuah kerana ada pakar yang boleh membantu kita membuat keputusan yang baik, apabila kita menjadi kerajaan,” katanya, menegaskan perkataan “keputusan baik”.

Dr Mahathir menubuhkan Proton pada 1983, dan syarikat pembuatan kereta nasional menjadi simbol dasar perindustrian negara yang kuat.

Proton masih dianggap syarikat kereta negara walaupun selepas ia menjadi milikan swasta kumpulan DRB-Hicom pada 2012.

Proton, pada kemuncaknya, menguasai jualan automobil tempatan dengan 80% kereta baharu yang terjual daripada kilangnya.

Namun sejak 15 tahun kebelakangan ini, Proton berada di belakang Perodua dan kemudian ketinggalan berbanding jenama asing seperti Toyota dan Honda.

Pada Mei, Putrajaya mengumumkan urus janji antara DRB-Hicom dan Geely, dan berkata Proton masih milik negara kerana ia memiliki saham majoriti 50.1%.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut