Skip to main content

Kurangkan Gaji Dan Emolumen 10%, Tuanku Bersama Rakyat Menyumbang Kpada Tabung Harapan.


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memperkenan supaya peruntukan gaji dan emolumen baginda dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang pemerintahannya sehingga 2021.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, berkata pengurangan itu dizahirkan berikutan Sultan Muhammad prihatin terhadap tahap hutang dan keadaan ekonomi negara.

"Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia yang diwujudkan kerajaan baru-baru ini.

"Baginda Tuanku juga ingin bersama rakyat menunaikan tanggungjawab baginda dengan bertitah perkenan supaya gaji dan emolumen baginda dikurangkan 10 peratus sepanjang pemerintahan baginda," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Sultan Muhammad bertitah supaya Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri tahun ini tidak diadakan di Istana Negara dengan peruntukkan majlis itu digunakan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Bekas Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin dalam catatan blognya sebelum ini mendakwa kerajaan memperuntukkan RM256.9 juta dari Januari hingga April tahun ini untuk perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan itu dibidas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berpandangan walaupun hak menyuarakan pandangan perlu dihormati, wartawan veteran itu perlu menunjukkan penghormatan dan ketertiban, manakala kritikan dibuat tanpa memberi peluang Institusi Raja-raja Melayu menjawab.

Susulan daripada itu, A Kadir meletakkan jawatannya sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat berkaitan peranannya dalam Majlis Penasihat Kerajaan serta pandangan beliau dalam blog dan kolum mingguan di akhbar Sinar Harian. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...