Skip to main content

Kerana Pertahankan Israel, Amerika Keluar Dari Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


Amerika Syarikat (AS) secara rasmi keluar daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) dengan menuduh anggota badan dunia itu bersikap 'hipokrasi' dan 'tidak adil' terhadap Israel.

Berdiri bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo di Jabatan Negara, Duta AS ke PBB, Nikki Haley menyelar Russia, China, Cuba dan Mesir kerana menggagalkan usaha AS untuk memperbaharui majlis itu.

Haley turut mengkritik negara-negara yang berkongsi nilai-nilai Washington, tetapi "tidak serius mahu mencabar status quo."

Katanya, AS akan kekal sebagai juara hak asasi manusia namun hakikatnya sebarang keputusan itu mempamerkan permusuhan Presiden Donald Trump terhadap badan dunia berkenaan dan diplomasi pelbagai hala.

"Seperti yang diberitahu setahun yang lalu, jika kita tidak melihat kemajuan, AS secara rasmi akan menarik diri," kata Haley pada sidang akhbar bersama Pompeo.

Beliau mendakwa majlis itu menjadi pelindung pencabul hak asasi selain sering menjadi sarang pembuat keputusan politik yang berat sebelah.

Selain itu, beliau turut melemparkan kritikan terhadap badan itu yang disifatkannya seolah berlagak baik dan mempunyai agenda peribadi dengan menerima keanggotaan negara yang tidak begitu baik nilai hak asasinya di samping memberi tumpuan tidak wajar serta berat sebelah ke atas kekejaman terhadap Israel.

Sebelum ini, AS turut menarik diri menganggotai pertubuhan antarabangsa dan perjanjian pelbagai negara antaranya perjanjian iklim Paris, agensi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) serta perjanjian nuklear Iran.

Sejurus selepas pengumuman tersebut, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres melahirkan kekecewaannya terhadap keputusan AS itu.

"Beliau (Setiausaha Agung) berpendapat adalah lebih baik AS kekal dalm Majlis Hak Asasi Manusia.Peranan majlis itu sangat penting dalam menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia di seluruh dunia," kata jurucakap Setiausaha Agung, Stephane Dujarric kepada wartawan.

Turut meluahkan rasa kecewa dan terkejut ialah Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Zeid Ra'ad Al Hussein.

"Melihatkan situasi hak asasi manusia pada hari ini, Amerika Syarikat sepatutnya perlu melangkah ke hadapan bukan ke belakang," kata Zeid menerusi twitternya.

Pengunduran AS dikatakan mempunyai kaitan dengan kritikan hebat yang diterima negara itu terhadapnya dasarnya memisahkan anak pendatang asing daripada ibu bapa mereka yang mencari suaka selepas merentasi sempadan dari Mexico. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut