Skip to main content

Amerika Akan Dakwa Najib, Tapi Tunggu Malaysia Dakwa Dulu.


Pihak pendakwa Amerika Syarikat mempertimbangkan kemungkinan untuk mendakwa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak atau sekutunya, tetapi mereka menunggu Malaysia terlebih dahulu memfail dakwaan terhadap mana-mana pegawai Malaysia.

"Begitulah yang sepatutnya," kata seorang pegawai penguatkuasa undang-undang AS.
Ini selepas penyiasat AS mempercepatkan siasatan mereka terhadap 1MDB yang ditubuhkan Najib. 

Mereka sedang berkongsi lebih banyak bukti dengan pihak berkuasa Malaysia sejak Najib kalah dalam pilihan raya umum bulan lepas, demikian menurut tiga sumber yang tahu secara langsung mengenai siasatan itu.

Sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Malaysia, Amerika Syarikat dan Switzerland, menyiasat tuduhan yang Najib dan sekutunya didakwa mengambil sebahagian daripada AS$4.5 bilion yang didakwa dicuri dari firma dana pelaburan negara, 1MDB.

Biro Penyiasatan Persekutuan yakin kerajaan baru Malaysia lebih bersedia untuk bekerjasama, demikian menurut dua orang yang tahu secara langsung mengenai siasatan itu.

Najib mengekalkan bekas peguam AS John Ashcroft dan firma peguam New York, David Boies untuk mewakilinya berkaitan dengan siasatan AS itu, kata satu sumber yang biasa dengan pasukan peguam Najib.

Dalam satu siri rampasan aset tahun lepas, pendakwa AS mendakwa dalam dokumen mahkamah bahawa sebahagian wang yang didakwa dicuri dari 1MDB dimasukkan ke dalam akaun seorang individu yang dikenalpasti sebagai "Malaysian Official 1."

Sejak Najib kalah dalam pilihan raya, kerajaan baru Malaysia berusaha untuk mendapatkan semula berbilion dolar yang didakwa diselewengkan dari 1MDB.

Ia sedang mempertimbangkan untuk meminta kerajaan AS mendapatkan bank pelaburan Goldman Sachs mengembalikan fi hampir AS$600 juta yang diperolehi daripada bon yang diterbitkan untuk firma dana itu, kata dua sumber yang biasa dengan perkara itu, kepada Reuters pada hari Jumaat.

Tidak ada permintaan rasmi yang telah dibuat tetapi para pegawai tinggi secara aktif membincangkan rancangan itu dalam kerajaan, kata mereka.

Pengganti Najib, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia juga sedang berusaha untuk menangkap Low Taek Jho, yang didakwa menjadi individu utama dalam skandal itu, yang memberi nasihat mengenai pelaburan dan merundingkan perjanjian untuk 1MDB. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut