Skip to main content

'Saya Takkan Lupa Sampai Akhir Hayat Saya - Anwar



Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kebebasan yang dikecapi hari ini adalah kerana kebijaksanaan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan.

Ketua Umum PKR itu berkata tanpa kebijaksanaan rakyat Malaysia yang berbilang kaum adalah mustahil berlaku perubahan yang besar dalam sejarah pemerintahan negara ini.

"Saya takkan ada di sini kalau rakyat tidak menentukan… ia adalah rakyat Malaysia tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain yang menggemparkan negara dan memberi saya kebebasan.

"Saya tidak akan lupa jasa rakyat dan perjuangan mereka. Ini pengajaran bagi saya. Jangan lupa kamu bebas kerana rakyat," katanya pada Pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seberang Perai Arena, di Butterworth malam tadi.

Turut hadir, Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow serta barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri.

Sehubungan itu, Anwar berkata setiap pemimpin Pakatan Harapan yang dipilih perlu membalas jasa rakyat dan jangan sesekali mengkhianati amanah dan harapan rakyat.

Beliau berkata pemimpin Pakatan Harapan juga jangan melenting sekiranya dikritik dan ditegur oleh rakyat serta media sebaliknya mereka perlu memberi penjelasan kepada setiap teguran dan kritikan yang dibuat.

"Sekarang baru lagi, kita nampak media banyak puji. Tapi sebaik 'settle down', media berhak mengkritik kerana cara media mengampulah pemimpin rosak.

"Sebab itu kita mesti terima kenyataan daripada media, suara rakyat harus bebas untuk berikan pandangan dan teguran," katanya.

Anwar berkata sebagai penghargaan kepada rakyat, beliau akan mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk menyatakan terima kasih kepada rakyat Malaysia. - Bernama

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut