Skip to main content

Ketua Umno Cawangan Gesa Shahidan Lepas Jawatan


Selepasa memulaukan Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar sehingga membuatkan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail murka kini Datuk Seri Dr Shahidan Kassim digesa lepas jawatan.

Menurut laporan Bernama, sekumpulan ketua Umno cawangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping menggesa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perlis yang melawan titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyembah maaf atau melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat.

Ketua Umno Cawangan Panggas Kecil Md Isa Seman yang mewakili mereka berkata Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim juga wajar melepaskan jawatan kerana seorang wakil rakyat tidak boleh membantah titah raja.

"Mereka ini bukan orang biasa-biasa... Rakyat berasa sangat marah, dah bagi mandat, mereka tinggal rakyat pula, tak usahlah bersama kami lagi.

"Jika enggan mohon maaf kepada tuanku, tindakan lebih tegas akan kami ambil selepas ini, jangan pandang rendah kepada pemimpin masyarakat seperti kami," katanya kepada pemberita semasa mengadakan perhimpunan bagi menyatakan sokongan terhadap Tuanku Syed Sirajuddin di Chuping dekat Padang Besar, hari ini

Khamis lepas sembilan wakil DUN BN tidak hadir pada pada Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar kerana mendakwa pelantikan Datuk Seri Azlan Man tidak mendapat sokongan majoriti wakil DUN.

Mereka sebaliknya berada bersama Pengerusi BN negeri di Kuala Lumpur dan Shahidan kemudiannya pada sidang akhbar mengumumkan cadangan memecat keanggotaan Azlan dalam parti.

Tindakan kumpulan berkenaan menimbulkan dukacita baginda yang bertitah bahawa keputusan melantik menteri besar adalah bawah kuasa baginda mengikut perlembagaan negeri.

Turut hadir pada perhimpunan pagi ini beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Persatuan Solidariti Nasional (Persona) Perlis, Persatuan Silat Pesaka Perlis serta wakil kaum Siam Chuping.

Pengerusi Persona Perlis, Abdul Rahim Ahmad berkata banyak masalah yang patut dibaiki BN terlebih dahulu dan bukannya membantah seumpama itu apatah lagi melibatkan institusi diraja.

"Urusan berkaitan pentadbiran harus dipermudahkan, tubuh kerajaan secepat mungkin di Perlis untuk jadi lebih baik.

"Wakil-wakil rakyat diminta fikir dan kembali kepada titah tuanku agar kemelut ini berakhir," katanya. - Bernama

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut