Skip to main content

FBI Dan DOJ Dakwa Najib Tidak Beri Kerjasama Masa Jadi Perdana Menteri.


Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa tidak mendapat kerjasama pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sebelum tampuk pemerintahan negara bertukar.

Perkara itu didedahkan menerusi pertemuan kedua-dua pihak itu bersama Pasukan Petugas 1MDB, pagi tadi.

Dalam kenyataan medianya, Petugas Khas 1MDB berkata, FBI sebelum ini pernah menghantar surat permohonan bertarikh 13 November 2016 kepada Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, tetapi permohonan tidak mendapat maklum balas sehingga hari ini.

“DOJ juga mengesahkan ada membuat permohonan melalui ‘Mutual Legal Assistance’ (MLA) kepada Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali pada 22 September 2017.

“Bagaimanapun permohonan ini tidak dipenuhi dan ditangguhkan atas alasan ia akan menggangu siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa di Malaysia. Oleh itu tiada kerjasama diberikan sehingga hari ini,” katanya.

Perbincangan itu dipengerusikan bersama bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas pegawai kanan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

Dalam pertemuan diadakan di Kompleks Pejabat Perdana Menteri itu, pasukan petugas khas, FBI dan DOJ membincangkan hala tuju serta fokus siasatan 1MDB, permohonan bantuan bersama bagi perkara jenayah MLA dan proses membawa semula aset-aset yang dibekukan di Amerika.

“Hasil daripada mesyuarat ini, FBI dan DOJ juga bersetuju memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menyempurnakan siasatan yang dijalankan terhadap skandal 1MDB.

“Perjumpaan bagi memberi bantuan akan dijalankan dari semasa ke semasa,” katanya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut