Skip to main content

Kaum lelaki Jika Tidak Mahu Tewas di Medan Perang Jangan Lakukan Tiga Pekara Ini.


Kesukaran untuk hamil tidak semestinya disebabkan oleh wanita sahaja tetapi juga lelaki. Hampir 30 hingga 40 peratus infertiliti atau kemandulan disebabkan oleh faktor lelaki.

Walaupun lelaki dapat terus menjadi ‘produktif’ pada usia yang lebih lanjut tetapi ianya tidak bermakna mereka lebih subur. Ramai lelaki mengalami masalah disfungsi seksual seperti ejakulasi pramatang, kegagalan ereksi dan sebagainya.

Terdapat juga lelaki yang mempunyai kualiti dan kuantiti sperma yang rendah akibat faktor genetik, merokok, meminum minuman keras dan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.

Jangkitan pada kelenjar testis dan saluran yang membawa sperma juga boleh menyebabkan infertiliti. Seperti juga wanita, lelaki juga boleh mengalami infertiliti jika menerima ubat-ubat kemoterapi ataupun radioterapi.

Anda boleh menjalani ujian air mani di klinik pakar dan jika mendapati kuantiti sperma dan kualiti sperma merosot atau kemungkinan juga peratusan sperma anda tidak berbentuk normal, mungkin doktor akan memeriksa buah zakar anda untuk meneliti jika isi padu kedua-duanya normal dan pembuluh darah zakar normal tanpa perubahan berpintal atau varikosel. Anda mungkin tahu kedudukan buah zakar dalam kerandut atau di luar badan.

Jika anda memakai seluar dalam ketat atau tebal, suhu dalam kerandut zakar akan menjadi tinggi dan ini menjejaskan proses pembiakan sperma dalam kilang sperma.

Sama juga jika anda gemuk dan banyak melakukan kerja dalam keadaan duduk kerana itu membuatkan buah zakar terperap dalam ‘lemak’ seolah-olah macam dalam ‘ketuhar’ yang secara langsung meningkatkan suhu kerandut buah zakar dan menjejaskan proses spermatogenesis (proses pengilangan sperma).

Merosakkan
Amalan merokok menjadi sebab utama kenapa sperma bermasalah. Merokok membuatkan anda menghidu bahan toksik yang merosakkan sistem reproduksi dan kesuburan tanpa anda sedari. Merokok mengancam kesuburan lelaki secara meluas dan menyebabkan kualiti dan kuantiti sperma merosot.

Mengikut kajian pakar kesuburan, merokok merosakkan sperma secara terus apabila air mani tercemar dengan bahan toksik yang menyebabkan kerosakan kepada protein dan nutrien dalam air mani. Proses kerosakan sperma meningkat ketara apabila amalan merokok berpanjangan.
 
Merokok
Lagi lama anda merokok, lagi bermasalah kualiti sperma anda. Merokok mengurangkan bilangan atau kuantiti sperma. Ini kerana bahan kimia mencegah penyerapan vitamin dan mineral dalam air mani seperti kekurangan vitamin B12, vitamin E dan zat galian.

Merokok merendahkan tahap hormon kesuburan yang diperlukan untuk pembiakan sperma. Kadar peratusan bilangan sperma boleh merosot daripada beratus-ratus juta kepada satu angka dalam keadaan serius. Ini adalah fakta yang betul-betul wujud dan serius!!
 
Minuman keras
Merokok juga mengganggu pergerakan sperma. Pergerakan sperma ialah keupayaan berenang secara ke depan memasuki pangkal rahim (serviks) dan salur Fallopio untuk memasuki ovum (telur) bagi proses persenyawaan. Sperma perlu bergerak laju dan sehala supaya supaya mudah sampai ke destinasi.

Ini boleh terhalang akibat merokok. Bilangan sperma yang sampai mungkin tidak cukup untuk berinteraksi dengan ovum (telur) bagi memudahkan penetrasi satu sperma ke dalam telur semasa proses persenyawaan.
 
Seluar ketat
Merokok juga akan menyebabkan penghasilan sperma yang cacat akibat tindak balas bahan radikal bebas daripada bahan kimia rokok. Sperma yang cacat tidak akan dapat bergerak dan mensenyawakan ovum.

Dinasihatkan agar berhenti merokok demi isteri yang tercinta dan juga demi zuriat yang diimpikan.

Kurangkan juga stres dan ambil masa untuk berehat dan bercuti bersama isteri. Gunakan juga masa yang ada untuk sama-sama bersenam dengan isteri.

Jika anda mengalami masalah kesuburan, disarankan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan, nasihat dan rawatan yang lebih lanjut.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut