Sultan Johor Dapat Hadiah Kereta 'Flintsones'


PETALING JAYA: Seseorang itu tidak terlalu tua untuk meminati permainan yang mengembalikan semula zaman kanak-kanak.

Hal ini dibuktikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar apabila baginda menerima replika kereta yang berinspirasikan siri animasi klasik 'The Flintsones', pada Isnin.

Kenderaan ikonik yang 'menggunakan kaki untuk bergerak' diilhamkan daripada kartun terbitan Hanna-Barbera pada 1960-an yang popular dan digunakan oleh watak utama Fred Flintstone.

Sultan Johor mendapat hadiah itu daripada Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Menerusi laman Facebook baginda, Sultan Ibrahim memuat naik gambar kenderaan berkenaan.

Kereta itu dilengkapi dengan kemasan kayu di bahagian badan dan juga tayarnya dilitupi dengan 'batu'.

Sekiranya hujan, Kenderaan itu mempunyai bumbung yang diperbuat daripada kain dan terdapat skrin seperti tingkap belakang yang sebenar.

Jika hujan, ia mempunyai bumbung yang diperbuat daripada kain dan terdapat skrin seperti tingkap belakang yang sebenar.

Kenderaan ini berbeza dengan versi kartun yang mana kereta tersebut dilengkapi dengan enjin yang tidak memerlukan pemandu dan penumpang bergantung kepada kaki untuk menggerakkannya.

Menurut istana, Baginda menggemari kartun Flinstone dan menyukai watak utama Fred Flinstone.

Wakil rasmi Pemangku Raja Pahang, Datuk Manjit Abdullah menyampaikan hadiah tersebut di Istana Pasir Pelangi di Johor Baru pada Isnin. Sumber:mStar Online , Editor:Farhana