Skip to main content

Selepas Aliff Syukri, Vida Dan Sajat Kini Joy Revfa Juga Dapat Tawaran Menyanyi.


PETALING JAYA: Nama Joy Revfa mula menjadi sebutan selepas timbul isu mengenai dirinya di mana dia dikatakan telah menerima satu tawaran untuk menyanyi daripada sebuah syarikat rakaman.

Selepas Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Seri Vida dan Nur Sajat kini Joy Revfa mula mengikut jejak langkah mereka sebaik sahaja dia menerima tawaran tersebut.

Namun, Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 31, berkata, dia masih belum lagi bersedia dan menerima tawaran terbabit namun itu tidak bermakna bahawa dia tidak meminati bidang nyanyian tersebut. bersedia untuk ke arah itu namun bukan bermakna dia tidak berminat.

"Alhamdulillah selepas kontroversi perkahwinan rezeki saya lebih murah dan memang ada tawaran berlakon dan menyanyi untuk saya.”

"Saya dapat lagu daripada seorang komposer Indonesia, tapi saya perlu fikir panjang dulu kerana suara saya tidak sedap. Saya tidak menolak tetapi belum bersedia lagi," ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, Joy telah ditemui pada majlis sidang media tudung Alif Syukri yang telah diadakan di Rumah Makan Terlajak Laris.

Sebelum ini, nama Joy Revfa telah menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei lalu dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah.

Bagaimanapun, konflik tersebut selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun lalu.

Ketika ditanya tentang kehidupannya sekarang, Joy memberitahu bahawa dia sentiasa menghabiskan masa dengan berkawan dengan orang yang positif.

"Orang tanya macam mana saya boleh kuat dan menjalani kehidupan selepas perkara itu, saya fikir apa yang saya lalui hanya sedikit berbanding orang lain.”

"Saya fikir positif dan dikelilingi orang-orang positif. Saya sarankan juga wanita yang senasib dengan saya agar sentiasa motivasikan diri," ujarnya.

Namun begitu, nama Joy dikatakan semakin menjadi perhatian apabila namanya semakin tular dan terlibat dengan banyak kontroversi.

Dia bagaimanapun memberitahu bahawa dia sudah lali dengan semua isu tersebut dan menganggap bahawa semua itu adalah semangat untuk membuatnya bangkit.

"Apa yang saya muat naik di laman sosial masih lagi ada yang komen bukan-bukan. Ada yang tegur saya sebagai wanita itu dan ini.

"Tapi tidak mengapa kerana ia merupakan salah satu cara mereka sayangkan saya," ujarnya. Sumber: Mstar Online, Editor: Amira

Image result for joy revfa

Image result for joy revfa

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut