Skip to main content

96 Peratus Badannya Terbakar, Gadis Ini Bangkit Dengan Semangat Baru


Seorang wanita yang menderita apabila hampir kesemua badannya terbakar teruk mula bangun untuk memberikan semangat buat mereka di luar sana yang turut mengalami nasib yang sama sepertinya.

Mangsa, yang hanya dikenali sebagai Catrin Pugh, 23 yang berasal dari Chester itu sangatlah bernasib baik di mana dia masih lagi mampu menjalani kehidupan normal setelah berlakunya trgaedi hitam dalam dirinya saat dia sedang mengembara ke Gunung di Perancis pada tahun 2013.

Walaupun dirinya mengalami kesakitan dan penderitaan yang teruk, dia mampu untuk bangun semula bagi menepis dakwaan sesetengah masyarakat yang kadang kala mencemuh fizikal orang yang mempunyai parut.

Miss Pugh turut memberitahu bahawa dia terlibat dalam kecelakaan terbabit di mana bas yang dinaikinya terbakar.

Dia juga turut menyatakan bahawa hanya tapak kakinya sahaja yang tidak terbakar dan yang lain hampir 96 peratus melecur akibat kebakaran tersebut.

dalam pada masa yang sama, doktor yang merawatnya telah berjaya memberikan dia satu keajaiban untuk terus hidup selepas dia menjalani banyak pembedahan dan turut berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia bangkit selepas berjaya mengharungi cabaran dan dugaan yang menimpa dirinya itu.

Ketika sedang menjalani sesi penggambaran, Pugh berkata: "Ia bergantung kepada diri saya sendiri untuk lebih menonjol mahupun tidak."

"Saya berasa sangat senang dan saya mahu tunjuk parut saya kepada umum biarpun mereka tidak berasa selesa dengan kehadiran saya." I

Pugh, dalam pada masa yang sama juga sedang meneruskan bidang pengajian dalam bidang sains dan turut merancang untuk meneruskan cita-citanya ke universiti bagi menceburi bidang fisioterapi.

Dalam pada masa yang sama, dia juga berharap agar masyarakat di sekelilingnya takut untuk berdepan dengannya dan tidak mahu perasaan itu terus wujud.

Catrin Pugh merupakan orang yang paling lama bertahan walaupun mengalami kesan terbakar yang teruk di mana dia ditahan di hospital selama 8 bulan bagi meneruskan semangatnya untuk teruskan hidup dan percaya ini adalah satu keajaiban buat dirinya.

Menceritakan mengenai peristiwa hitam terbabit, Pugh dikatakan terbabit dalam kemalangan tersebut selepas bas yang dinaikinya mengalami brek yang gagal untuk berfungssi sebaik sahaja turun dari pergunungan selepas aktiviti meluncur salji.

Bagaimanapun, pemandu bas terbabit iaitu Maurice Wrightson, 64, tidak dapat diselamatkan apabila terbunuh dalam tragedi terbabit.

Terdapat seramai 53 penumpang di dalam kenderaan terbabit termasuklah dua orang pemandu dan rata-rata daripada mereka berusaha untuk menyelamatkan diri dengan melompat keluar daripada bas.
Apabila terkenang kembali peristiwa pahit tersebut ianya seolah-olah satu mimpi yang ngeri di mana dia berfikir bahawa hidupnya itu tidak akan panjang.

"Saya ingat mereka bertanya kepada saya di mana saya sakit dan saya menjerit memberitahu saya sakit di seluruh badan."

Selepas kemalangan ngeri terbabit, Pugh diterbangkan ke Britain di mana dia dirawat di unit pakar khas untuk rawatan kebakaran di Hospital Whiston, Merseyside, selama lapan bulan.

Namun, dia tetap merasa bersyukur kerana penglihatannya itu tidak terjejas dan mampu melihat walaupun ianya mengambil masa yang lama untuk sembuh. Pugh turut menjelaskan bahawa saraf optiknya rosak, bermakna dia kini tidak memiliki visi pusat.

Selepas sahaja rawatan, dia juga dikatakan turut mengalami tekanan perasaan akibat terkejut dengan dirinya sendiri namun dia berjaya untuk bangkit semula di mana dia belajar semula untuk berjalan dan mulai menerima kekurangan dirinya itu.

Walaupun dia tetap berdepan dengan masalah, Pugh beranggapan bahawa dia haruslah sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah mengalah walaupun dia akan dipandang serong oleh masyarakat sekelilingnya.

Dia berkata: "Ada orang yang mungkin merasa malu atau malu dengan bekas luka mereka, namun saya ingin menunjukkan bahawa saya mahu menjadikan mereka lebih yakin dengan penampilan diri mereka yang sebenar.

"Menurut jurugambar London iaitu Ms Mayanne, dia menjalankan sesi bergambar sedemikian bertujuan untuk memotret 1,000 orang bagi menceritakan kisah sebenar di sebalik parut dan kecacatan yang mereka alami.

"Kempen ini dapat memberikan pandangan yang tidak dijangka mengenai pelbagai orang yang mengagumkan dengan bekas luka mereka, dan matlamat utama mencabar adalah untuk mencabar persepsi orang ramai terhadap kulit yang kita hadapi dan mencari keindahan yang tidak dijangka."
Sumber: Daily Mail, Editor: Amira















Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut