Skip to main content

12 Gambar Wanita Kahwini Roh Lanun Berusia 300 Tahun.


Seorang wanita Ireland yang dipercayai telah berputus asa untuk mencari teman hidupnya telah mengambil keputusan untuk mengahwini roh lanun yang berusia 300 tahun sebagai teman hidupnya.

Amanda Teague,45 tahun telah mengahwini roh lanun Haiti bernama Jack yang  mati pada 1700-an, tidak mengendahkan tentang kekasihnya itu sudah pun mati. Malah dia mendakwa melakukan kehidupan sehariannya  sama seperti pasangan yang lain, seperti keluar makan bersama dan turut bertengkar.

Di atas bot pesisiran pantai Ireland pasangan ini telah disatukan. Majlis perkahwinan nya turut dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai.

Dia juga salah seorang peminat filem Pirates of the Caribbean,dan sangat meminati Jack Sparrow. Dia  memberitahu Daily Star hubungannya dengan Jack sempurna.

“Ramai masih belum tahu mengenai hubungan kerohanian sedangkan ia mungkin paling sesuai untuk mereka,” katanya, petik Metro

Amanda menyatakan tidak pernah melihat suaminya secara fizikal namun dia membayangkan suami nya seperti Jack Sparrow.

Percintaan mereka bermula pada tahun 2014  apabila dia tiba-tiba berasa ada roh mahu berkomunikasi di sebelahnya ketika dia sedang tidur.

“Kami semakin saling mengenali dan dia sering menemani saya memandu atau menonton televisyen. Pada satu hari, Jack beritahu saya kami boleh berkahwin,” katanya.

Amanda sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dan dia dikurniakan lima orang anak hasil dari perkahwinan nya yang dahulu. Editor: Ila












Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut