Skip to main content

Wanita Terkilan Dijadikan Bahan Pemerhati Oleh Doktor Pelatih Lelaki.


Apakah kita sebagai wanita tiada hak untuk bersuara ketidak mahuan di jadikan bahan pembelajaran doktor pelatih lelaki ketika hendak melahirkan anak hanya kerana hospital yang dipilih adalah merupakan hospital kerajaan.

Dimanakah hak kita sebagai wanita yang seharusnya menjaga batas-batas serta aurat kita sedangkan Islam sendiri hanya membenarkan lelaki melihat aurat kita sekiranya keadaan tersebut di kategorikan darurat.

Luahan ini telah disuarakan oleh seorang wanita yang merasa amat terkilan dengan situasi yang dialaminya ketika hendak melahirkan anak sulungnya.

Menurut wanita tersebut ini merupakan pengalaman pertamanya melahirkan anak di hospital berkenaan malah dia amat terkilan kerana yang cek perut adalah doktor pelatih lelaki manakala ketika seluk bukaan dilakukan oleh pelajar praktikal perempuan.

Namun apa yang membuatkannya tidak selesa adalah ketika seluk bukaan turut menjadi pemerhati adalah pelajar praktikal lelaki, saya telah pun menyurakan ketidakbenaran saya di jadikan bahan pemerhati oleh pelajar praktikal lelaki berkenaan pada doktor perempuan muslimah yang bertugas ketika itu.

Akan tetapi jawapan yang diberikan oleh doktor perempuan tersebut amat mengejutkan saya, doktor tersebut memberitahu saya "tak apa, puan dapat pahala bagi dia orang belajar".

Ketika itu saya merasakan badan saya ini umpama patung di pegang sana sini tanpa boleh melakukan apa-apa dan tidak mampu untuk bersuara menghalang.

Wanita tersebut turut memberitahu bahawa dia memahami prosuder yang tidak membolehkannya memilih doktor yang merawatnya kerana hospital yang didudukinya itu merupakan hospital kerajaan namun begitu dia turut tertanya-tanya di manakah haknya sebagai pesakit.

Bukankah sebagai pesakit kita mempunyai hak untuk menghalang diri ini dijadikan bahan pemerhati pembelajaran bagi doktor praktikal jika kita tidak berkehendakkannya.

Sedangkan Islam sendiri hanya membenarkan aurat kita sebagai wanita di lihat jika benar-benar berada di dalam situasi darurat.

Saya tidak kisah jika ketika itu hanya terdapat doktor lelaki sahaja yang ada untuk cek saya kerana tiada seorang pun doktor wanita dan ianya boleh dikatakan sebagai darurat.

Namun saya amat terkilan kerana ketika itu terdapat seorang doktor wanita muslimah yang berada di situ yang memberikan arahan kepada pelajar-pelajar praktikal tersebut dan ianya bukanlah keadaan darurat.

Saya di cek oleh pelajar praktikal lelaki dan wanita sambil di nilai oleh doktor wanita, ianya betul-betul mengecewakan saya serta memberikan penilaian yang tidak bagus terhadap hospital kerajaan malah sehingga sekarang saya amat fobia nak pergi ke hospital lagi. -aliffchannel.com

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut