Skip to main content

Posts

𝟱𝟱 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗥𝗕𝗨𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗜𝗚𝗥𝗘𝗦𝗘𝗡 𝗗𝗜 𝗠𝗘𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔

PUCHONG, 8 September 2025 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus melaksanakan amanah melalui tindakan penguatkuasaan imigresen yang tegas dan berintegriti. Dalam serbuan yang dijalankan di sebuah medan selera di Puchong pada jam 6.30 petang hingga 7.30 malam, seramai 95 pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat JIM Putrajaya telah melakukan pemeriksaan ke atas 334 individu yang terdiri daripada 60 warga asing dan 274 warganegara tempatan. Hasil pemeriksaan, 55 orang warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Mereka terdiri daripada tujuh warganegara Indonesia, tiga warganegara Bangladesh, seorang warganegara Pakistan, 41 warganegara Myanmar dan tiga warganegara Vietnam yang berusia antara 23 hingga 47 tahun. Kesemua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Beranang untuk siasatan dan tindakan lanjut. Ketika operasi, terdapat warga asing yang cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, sekali gus menyukarkan proses tangkapan. Antara kesalahan y...
Recent posts

Anak khayal dadah cungkil mata ibu

SEBERANG PERAI – Seorang pengawal keselamatan direman empat hari bermula hari ini selepas dipercayai mencederakan ibunya yang baru sahaja pulang dari masjid dalam kejadian di sebuah flat di Mak Mandin di sini, semalam. Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 47 tahun itu dikeluarkan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap ungu tiba di Kompleks Mahkamah Butterworth kira-kira pukul 11.20 pagi tadi. Difahamkan, dalam kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari semalam, mangsa berusia 72 tahun itu dikatakan baru sahaja pulang ke rumah mereka selepas mengikuti kelas agama di masjid berhampiran. Sebaik masuk ke dalam rumah, suspek yang juga anak kedua mangsa tiba-tiba menghalau ibunya keluar sebelum menyerang warga emas itu. Suspek dikatakan turut mencungkil mata ibunya sebelum menyerang mangsa menggunakan objek tajam. Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan jiran se...

Rafidah dipanggil polis, disiasat halang pegawai mahkamah

Pempengaruh dan aktivis isu Kampung Sungai Baru, Rafidah Ibrahim, dipanggil polis untuk siasatan kes menghalang tugas bailiff (pegawai mahkamah yang menyampaikan writ dan saman) yang diarahkan mengosongkan kediaman penduduk kampung berkenaan. Menurut Rafidah, dia dipanggil oleh pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini bagi dirakam keterangan. Bagaimanapun, katanya, dia tidak pasti siasatan itu dijalankan di bawah undang-undang apa. "Pada 16 Julai lalu bailiff telah dihantar ke Kampung Sungai Baru, di mana saya dikatakan menghalang tugas mahkamah... cumanya ambil masa lah (dia dipanggil), kejadian berlaku tengah bulan tujuh, hujung bulan lapan baru dipanggil. "(Siasatan) di bawah siasatan jenayah, yang dipanggil saya dan (Pengerusi Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai), Zainab Alias," katanya ketika ditemui media di hadapan IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini. Dakwaan pemaju ugut Rafidah menjelaskan Zainab tidak ...

'Detik bersejarah' - Trump umum AS serang tiga tapak nuklear Iran

Presiden Donald Trump berkata tentera Amerika Syarikat telah menyerang tiga lokasi di Iran, namun setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada Tehran, menurut laporan media antarabangsa. “Kami telah melancarkan serangan yang sangat berjaya ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordow, Natanz dan Esfahan,” kata Trump dalam satu hantaran di media sosial. “Semua pesawat kini berada di luar ruang udara Iran. Bom telah digugurkan ke atas lokasi utama, iaitu Fordow. Semua pesawat dalam perjalanan pulang dengan selamat,” tambahnya. Dalam hantaran susulan, Trump menyifatkan tindakan itu sebagai “detik bersejarah buat Amerika Syarikat, Israel dan dunia”. “Iran kini mesti bersetuju untuk menamatkan perang ini. Terima kasih,” katanya lagi. Trump turut mengucapkan tahniah kepada “wira-wira hebat Amerika”, sambil menambah bahawa tiada angkatan tentera lain di dunia yang mampu berbuat demikian. “Sekarang adalah masa untuk keamanan! Terima kasih kerana memberi perhatian terhadap perkara ini,” ...

Iran Sahkan Guna Peluru Berpandu Baharu Haj Qassem

TEHRAN: Iran mengesahkan penggunaan peluru berpandu balistik berpandu terbaharu, Haj Qassem, dalam siri serangan ke atas Israel pada hujung minggu lalu, menurut laporan agensi berita FARS yang berpangkalan di Tehran. Peluru berpandu itu, yang dinamakan sempena bekas komander Pasukan Quds, Jeneral Qassem Soleimani, dilaporkan mengenai beberapa sasaran di kawasan Tel Aviv dan Bat Yam, menyebabkan kemusnahan besar serta korban jiwa. Menurut Kementerian Pertahanan Iran, peluru berpandu berkuasa tinggi itu menggunakan bahan api pepejal, mempunyai jarak jangkauan sehingga 1,200 kilometer dan dilengkapi kepala peledak yang boleh bermanuver untuk menembusi sistem pertahanan seperti THAAD dan Patriot yang digunakan oleh Israel dan sekutunya. Menteri Pertahanan Iran, Jeneral Aziz Nasirzadeh, dalam wawancara televisyen pada 4 Mei lalu, menyatakan bahawa sistem navigasi canggih pada peluru berpandu itu membolehkannya menyerang sasaran dengan ketepatan tinggi serta mengatasi gangguan peperangan ele...

Wanita menangis suami dipenjara 10 tahun, 6 sebat rogol anak angkat

TERTUDUH ketika hadir di Mahkamah Sesyen Muar. FOTO Alias Abd Rani Muar: Seorang wanita menangis sebaik Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta enam sebatan terhadap suaminya yang juga kontraktor selepas didapati bersalah merogol anak angkat mereka, lapan tahun lalu. Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dalam pembelaan dihadapi tertuduh berusia 47 tahun. Dalam penghakimannya, mahkamah mendapati keterangan tertuduh lebih kepada bersifat penafian dan tidak disokong fakta yang munasabah. Hujahnya, mahkamah turut mendapati bukti sudah mencukupi sepanjang perbicaraan berlangsung untuk mensabitkan tertuduh dengan kesalahan dilakukan terhadap mangsa. "Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan tiga pertuduhan rogol mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan seterusnya boleh dihukum mengikut Seksyen 376 kanun sama. "Dalam kes ini, mang...

[TERKINI] Israel serang lokasi pembuatan senjata Iran, dakwa sasarkan program nuklear Tehran

TEHRAN: Tentera Udara Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Iran dalam beberapa jam lalu, menyasarkan tapak yang didakwa sebagai pusat pengeluaran pengempar (centrifuge) serta beberapa kemudahan pembuatan senjata, menurut kenyataan rasmi tentera negara itu. Lebih 50 pesawat pejuang terlibat dalam operasi tersebut yang dikatakan sebagai sebahagian daripada usaha menyeluruh untuk melemahkan program pembangunan senjata nuklear Iran.   Menurut kenyataan yang disiarkan menerusi saluran Telegram rasmi tentera Israel, serangan turut menyasarkan kilang yang menghasilkan bahan mentah dan komponen untuk peluru berpandu permukaan ke permukaan serta permukaan ke udara. Bagaimanapun, pihak berkuasa Iran menafikan bahawa negara itu sedang membangunkan senjata nuklear. Penilaian terkini oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan komuniti risikan Amerika Syarikat (AS) turut menyatakan bahawa tiada bukti kukuh menunjukkan Iran sedang menghasilkan senjata nuklear. Serangan be...