Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2025

Kereta Pemandu Wanita DiHempap Runtuhan

Gombak: Seorang wanita menempuh detik cemas apabila kereta dipandunya dihempap struktur besi di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Batu Caves, di sini, hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.47 tengah hari. "Komander operasi melaporkan terdapat runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan menghempap sebuah kenderaan jenis Suzuki Swift. "Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati mangsa sudah berjaya dikeluarkan oleh orang awam," katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi mengesahkan pemandu dalam insiden terbabit terselamat. Terdahulu tular di media sosial beberapa klip video, gambar dan beberapa 'live' memaparkan insiden berkenaan di mana sebuah kereta dilihat dihempap struktur besi yang dipercayai roboh. Disiarkan pada: November...