Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2025

Ibu Menangis, Mengaku Cuai Hingga Bayi Dua Bulan Meninggal Dunia

PARIT – Suasana Mahkamah Majistret Parit pagi Isnin jadi sayu bila seorang ibu muda warga Indonesia, Dewi,36 tahun, menitiskan air mata sambil mengaku bersalah atas tuduhan cuai sampai anak bongsunya, Arkan Andre Soveral Asit yang baru berusia dua bulan, meninggal dunia. Kejadian pilu tu berlaku Khamis lepas, kira-kira jam 5.30 pagi, di rumah mereka di Kampung Sungai Dua, Kota Setia, Perak Tengah. Difahamkan, bayi malang itu meninggal selepas ditindih ibunya sendiri sewaktu tidur. Bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, mengesahkan punca kematian ialah otak membengkak dan paru-paru sembab akibat tekanan hingga bayi gagal bernafas. Dewinta, yang ada enam orang anak, dituduh di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan. Walaupun berdepan hukuman penjara, mahkamah akhirnya menjatuhkan denda RM2,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar. Mujurlah denda itu berjaya dijelaskan. Peguam bela rayu hukuman ringan sebab suaminya cuma kerja ladang sawit dengan gaji lebih kurang RM1,500 ...

𝟱𝟱 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗥𝗕𝗨𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗜𝗚𝗥𝗘𝗦𝗘𝗡 𝗗𝗜 𝗠𝗘𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔

PUCHONG, 8 September 2025 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus melaksanakan amanah melalui tindakan penguatkuasaan imigresen yang tegas dan berintegriti. Dalam serbuan yang dijalankan di sebuah medan selera di Puchong pada jam 6.30 petang hingga 7.30 malam, seramai 95 pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat JIM Putrajaya telah melakukan pemeriksaan ke atas 334 individu yang terdiri daripada 60 warga asing dan 274 warganegara tempatan. Hasil pemeriksaan, 55 orang warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Mereka terdiri daripada tujuh warganegara Indonesia, tiga warganegara Bangladesh, seorang warganegara Pakistan, 41 warganegara Myanmar dan tiga warganegara Vietnam yang berusia antara 23 hingga 47 tahun. Kesemua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Beranang untuk siasatan dan tindakan lanjut. Ketika operasi, terdapat warga asing yang cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, sekali gus menyukarkan proses tangkapan. Antara kesalahan y...

Anak khayal dadah cungkil mata ibu

SEBERANG PERAI – Seorang pengawal keselamatan direman empat hari bermula hari ini selepas dipercayai mencederakan ibunya yang baru sahaja pulang dari masjid dalam kejadian di sebuah flat di Mak Mandin di sini, semalam. Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 47 tahun itu dikeluarkan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap ungu tiba di Kompleks Mahkamah Butterworth kira-kira pukul 11.20 pagi tadi. Difahamkan, dalam kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari semalam, mangsa berusia 72 tahun itu dikatakan baru sahaja pulang ke rumah mereka selepas mengikuti kelas agama di masjid berhampiran. Sebaik masuk ke dalam rumah, suspek yang juga anak kedua mangsa tiba-tiba menghalau ibunya keluar sebelum menyerang warga emas itu. Suspek dikatakan turut mencungkil mata ibunya sebelum menyerang mangsa menggunakan objek tajam. Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan jiran se...