Skip to main content

Peguam Jelaskan Ini Sebabnya Kenapa Malaysia Tak Usir Dr Zakir Naik


Sejak kebelakangan ini, banyak pihak yang tidak henti-henti menyoal pendirian kerajaan Malaysia berkaitan kehadiran berterusan Dr Zakir Naik di negara ini, dan ketiadaan tindakan pihak berkuasa untuk menghantar beliau kembali ke negara asalnya di India, kononnya ini adalah kewajipan ekstradisi menurut undang-undang antarabangsa.

Kebanyakan pendapat itu adalah kononnya berteraskan dakwaan sesetengah pihak luar, yang diterima bulat-bulat oleh pihak tertentu di Malaysia bahawa Dr Zakir terlibat sama ada dalam kesalahan keganasan terorisme serta jenayah gubahan wang haram, mahupun kekacauan harmoni kemasyarakatan yang melibatkan kutukan terhadap agama selain Islam.

Persoalan yang wajib ditanya oleh rakyat Malaysia yang prihatin adalah: Adakah dakwaan pihak-pihak terbabit yang dilemparkan itu, satu dakwaan yang berasas ataupun cuma tohmahan?

Jawapan sebenar undang-undang:

Pada asasnya, mana-mana negara yang diiktiraf sebagai negara yang sah di sisi antarabangsa, seperti India sememangnya berhak untuk meminta negara lain yang juga diiktiraf secara sah di sisi antarabangsa, seperti Malaysia, untuk menghantar pulang mana-mana individu yang dikehendaki di bawah sistem keadilan jenayah India itu, sekiranya individu itu berada di negara luar itu, seperti Malaysia.

Kerjasama bagi tujuan pembanterasan jenayah di tahap antarabangsa ini adalah melibatkan kedua-dua negara iaitu India dan Malaysia melalui perjanjian antarabangsa (International Treaty) dan adalah juga tertakluk di bawah seliaan dan kerjasama organisasi Interpol, di bawah mana, mana-mana negara pemohon, India, akan meminta pengeluaran satu "notis merah" (Red Notice) daripada Interpol untuk membolehkan negara luar itu, Malaysia menghalang pergerakan keluar masuk individu itu dari Malaysia sehinggalah permohonan rasmi ekstradisi untuk memohon penghantaran pulang individu itu ke India dapat diproses oleh pihak berkuasa dan mahkamah di Malaysia, juga menurut prosedur dan undang-undang yang sedia.

Namun, prinsip kerjasama penguatkuasaan jenayah antarabangsa ini adalah tertakluk kepada keperluan untuk mematuhi undang-undang antarabangsa dan tempatan yang mengikat kedua-dua negara itu, iaitu India dan Malaysia.

Dalam isu Dr Zakir Naik ini, walaupun pihak berkuasa India pernah pohon kepada Interpol untuk pengeluaran "notis merah" terhadap Dr Zakir Naik, yang mana telah dikeluarkan dan didaftar oleh Interpol untuk pengetahuan semua negara terbabit, termasuk Malaysia pada 19 Mei tahun lalu, namun pada hakikatnya Suruhanjaya untuk Kawalan Fail Interpol (Commission for the Control of Interpol's files) telah dalam persidangan Sesi 102 yang diadakan pada 24 hingga 27 Oktober tahun lalu, batalkan akan pengeluaran dan pendaftaran "notis merah yang dipohon oleh India terhadap Dr Zakir Naik.

(a)(v) Justeru, apabila pihak penguatkuasa jenayah antarabangsa seperti Interpol sendiri tidak berpuashati berkaitan prosedur dan sokongan fakta berkaitan permohonan kerjasama pembanterasan jenayah antarabangsa ini, maka sememangnya adalah tidak adil untuk pengkritik secara salah menuding jari terhadap kerajaan berhubung ketiadaan tindakan yang diambil berhubung kehadiran berterusan Dr Zakir Naik di Malaysia.

Yang keduanya, pada 9 Januari lalu pula,satu tribunal rayuan untuk Akta Pencegahan Gubahan Wang Haram di India sendiri, yang diketuai Hakim Manmohan Singh telah mengeluarkan perintah untuk halang Pejabat Pengarah Pelaksanaan (Enforcement Directorate) di sana dari mengambil alih hak ke atas harta-harta Dr Zakir Naik yang telah awalnya dirampas atas siasata alegasi jenayah gubahan wang haram, atas alasan

Justeru, bagaimanakah kerajaan Malaysia boleh bertindak terhadap Dr Zakir Naik berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sedangkan pihak berkuasa kehakiman India yang berkenaan sekalipun tidak puas hati dengan tahap bukti yang ditampilkan oleh pihak siasatan India terhadap Dr Zakir Naik itu?

Yang ketiganya, Dr Zakir Naik yang memegang taraf penduduk tetap sejak enam tahun lalu, iaitu sebelum daripada kewujudan mana-mana alegasi yang dilemparkan terhadapnya oleh pihak berkuasa India, sememangnya berhak kepada haknya di bawah taraf itu, untuk dilindungi oleh kerajaan Malaysia, selagi Dr Zakir Naik, tidak menyalahi mana-mana syarat taraf kedudukannya dan tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah di negara ini, Malaysia.

Akhir sekali, sekiranya pihak kerajaan India masih meneruskan dengan mana-mana permohonan rasmi untuk tujuan perolehan ekstradisi berhubung Dr Zakir Naik dari kerajaan Malaysia, semestinyalah segala proses dan keperluan akan wajib dipatuhi oleh kerajaan Malaysia menurut tanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa dan juga tempatan, yang akan diputuskan oleh mahkamah Malaysia yang sah, di mana semua pihak, iaitu, kerajaan India sebagai pemohon, kerajaan Malaysia sebagai negara luar terbabit, dan Dr Zakir Naik sebagai individu terbabit, akan kesemuanya berhak menampilkan hujah masing-masing di mahkamah kelak, jika ada.

Sehingga itu, adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menuding jari kepada kerajaan Malaysia seolah-olah kerajaan wajib hantar pulang Dr Zakir Naik ke India, sedangkan pihak-pihak pengkritik terbabit gagal untuk mengkaji kedudukan sebenar isu ini di sisi undang-undang dan kedudukan kes ini menurut perkembangan antarabangsa. HANIFF KHATRI adalah seorang peguam. -Malaysiakini.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...