Skip to main content

Video Anwar Sekeluarga Sempena Aidilfitri ‘Saya Sudah Cukup Rehat Di Penjara.



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa amanah rakyat terhadap Pakatan Rakyat tidak akan disia-siakan.

Menerusi sebuah klip video selama 2 minit 30 saat itu, sempena perutusan Aidilfitri, Anwar disoal oleh anaknya, Nurul Nuha mengenai rancangannya selepas dibebaskan dari penjara.

"Kita rehatlah dulu, papa," katanya.

"Rehat? Kan papa dah lama rehat di penjara. Sekarang kita kena terus kerja. Orang tunggu.

“Orang bagi amanah. Kalau kita tidak laksanaka, dukungan mereka itu sia-sia. Kalau kita fikirkan keselesaan kita, samalah (kita) dengan rejim lama,” kata Anwar pula.

Anwar menekankan bahawa matlamat kerajaan sekarang adalah untuk meringankan beban rakyat dan menjadikan demokrasi di Malaysia lebih bermakna bagi rakyat.

"Kalua tidak, ia tiada apa-apa makna selain (dari mempunyai) kebebasan kita dan pemerintahan baru. Kita (perlu) teruskan sedikit sahaja lagi. Mudah-mudahan Allah perkenankannya, Insya-Allah,” katanya.

Isteri Anwar, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian tampil menyertai perbualan itu, dengan berkata sekarang adalah lebih sukar selepas HARAPAN memenangi pilihan raya umum.

"Kita mesti lakukan semua (janji-janji) sebab apa kita nak mengisi kemenangan dan kalau boleh dengan semua sokongan rakyat, kita boleh melakukannya,” katanya.

Ketiga-ketiga mereka kemudian berpelukan sebelum beredar untuk makan malam.

Video itu berakhir dengan ucapan Hari Raya Aidilfitri dari seluruh keluarga Anwar - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...